Minggu, 09 Mei 2010

Unsur-unsur dan sejarah liberalisme

Etimologi dan asal penggunaan

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan. Di dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan patrician. Marcus Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk Meditation menulis "...pendapat polisi pemerintahan yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah... ." Selepas kejatuhan Empayar Roman, mendapat liberalisme tidak cergas di sepanjang Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus. Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam Discourses on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16. Pada akhir abad ke-17, John Locke mengarang England and the thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis oleh Thomas Paine pada tahun 1791.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain.

Maksud "mengemari kebebasan dan demokrasi" mula digunakan di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis libéral, mengikut Oxford English Dictionary. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan gambar ketiadaan undang-undang di luar negara". Dari rekod bahasa Inggeris awal: "Kepupusan kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan"[8]
Washington Crossing the Delaware oleh Emanuel Leutze yang menggambarkan Revolusi Amerika Syarikat.

Perang Kemerdekaan Amerika menubuhkan negara yang pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan dibina dengan kerelaan yang ditabir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi Perancis cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal. Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smith di dalam The Wealth of Nations (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Pengarang-pengarang Perlembagaan Sepanyol 1812 yang dirangka di Cádiz mungkin adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukan penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol.

Bermula di akhir kurun ke-18, liberalisme menjadi antara satu ideologi terpenting hampir di semua negara maju.
[sunting] Aliran-aliran liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme. Perbezaan pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat dan garang di antara ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud beberapa pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza. Di dalam artikel ini, "liberalisme politik" akan digunakan untuk sokongan terhadap demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja berkuasa mutlak atau diktator; "liberalisme budaya" untuk sokongan terhadap kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di atas dasar nationalisme atau agama; "liberalisme ekonomik" untuk sokongan terhadap harta peribadi and menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan; dan "liberalisme sosial" di mana ia menunjukan sokongan terhadap kesaksamaan and menentang ketidak samarataan peluang. Bagi "liberalisme moden" pula bermaksud campuran bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini yang boleh ditemui di negara-negara maju sekarang.

Terdapat beberap prinsip liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal:

* Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.

* Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi. John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya yang bertajuk On Liberty:

“ "Pelindungan diri adalah satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi yang benar hanya boleh digunakan untuk menghalang seseorang dikalangan satu masyarakat yang bertamadun daripada mengganggu [atau mencederakan] seseorang yang lain. Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan dia mengganggu orang lain." (Di dalam bahasa Inggeris: "The sole end for which mankind are warranted, individually or collectively, in interfering with the liberty of action of any of their number, is self-protection. That the only purpose for which power can be rightfully exercised over any member of a civilized community, against his will, is to prevent harm to others. His own good, either physical or moral, is not a sufficient warrant.") ”

Liberalisme budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran kandungan, penggunaan pengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan barang-barang kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia.

Walaupun terdapat persetujuan, sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat yang mendalam:

* Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester adalah satu ideology yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabkan oleh tindakan kerajaan. Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan mahkamah. Liberalisme ekonomik menerima ketidak samarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-kapitalisme adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik. Baca juga perdagangan bebas, neo-liberalisme dan liberalisasi.

* Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomik seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk kebaikan sejagat.

Solon dari Yunani.

Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu sendiri. Plutarch yang menulis mengenai Solon (c. 639- c. 559 SM) yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:
“ "Solon mengambil berat tentang isu pengampunan hutang; itu adalah caranya untuk memperkuatkan kebebasan rakyat; tiada gunanya untuk undang-undang menyatakan bahawa semua lelaki mempunyai hak-hak yang sama adil tetapi yang miskin mesti mempergadaikan kebebasan mereka kerana hutang, dan, menyebabkan kerusi keadilan dan kesaksamaan, mahkamah, kerajaan dan tempat perbincangan awam dikuasai oleh orang-orang yang berharta." (Bahasa Inggeris: "The remission of debts was peculiar to Solon; it was his great means for confirming the citizens' liberty; for a mere law to give all men equal rights is but useless, if the poor must sacrifice those rights to their debts, and, in the very seats and sanctuaries of equality, the courts of justice, the offices of state, and the public discussions, be more than anywhere at the beck and bidding of the rich.") ”

Ahli-ahli liberal ekonomik melihat hak-hak positif sebagai melanggar hak-hak negatif dan oleh itu tidak sah. Dengan demikian, mereka melihat kerajaan hanya mempunyai peranan yang kecil. Ada liberal ekonomik yang berpendapat bahawa kerajaan tiada fungsi langsung dan ada juga seperti minarkis hendak mengecilkan peranan kerajaan kepada perundangan, keselamatan dan pertahanan. Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk orang yang tidak berupaya untuk menyediakan keperluan tersebut untuk dirinya sendiri, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen, kebajikan kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk orang-orang tua, masang-masang balapertaka semulajadi, perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan jenayah dan pembiayaian seni dan sains. Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan kecil. Kedua-dua jenis liberalisme mempunyai tujuan yang sama — kebebasan — tetapi mereka tidak bersetuju bagaimana cara yang paling baik atau yang paling bermoral untuk mencapai kebebasan. Sesetengah parti politik liberal menekankan liberalisme ekonomik dan sesetengah yang lain lebih mengemari liberalisme sosial. Parti konservatif selalu mendekati liberalisme ekonomik dan pada masa yang sama menolak liberalisme sosial dan budaya.

Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan dan peribadi di mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri atau pihak swasta. Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak) mengenai kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.
[sunting] Perbandingan pengaruh

Pemikir-pemikir awal zaman kebangkitan Eropah membandingkan liberalisme dengan kuasa authoritarian "Ancien Regime", merkantilisme, feudalisme dan Gereja Roman Katolik. Kemudiannya, ahli-ahli falsafah yang lebih radikal mula menerangkan pemikiran mereka semasa Revolusi Perancis. Sepanjang kurun ke-19, liberalisme berdiri dengan berlawanan dengan sosialisme dan komunisme walaupun ahli-ahli liberal moden Eropah pada mulanya membentuk satu pakatan dengan parti-parti politik demokratik-sosialis. Di kurun ke-20, liberalism berdiri menentang totalitarianisme dan kolektivisme. Sesetengah liberal moden telah menolak teori klasikal Perang Adil yang mengutamakan keneutralan dan perdagangan bebas dan sebaliknya menerima campur tangan bersama dan keselamatan bersama.

Liberalisme mengemari campur tangan kerajaan yang minimal. Liberalisme anti-statis yang terlampau seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari, Herbert Spencer, dan Auberon Herbert pula adalah satu aliran ekstrem yang dikenali sebagai anarkisme (tiada kerajaan) ataupun minarkisme (kerajaan yang kecil, kadang-kala "the nightwatchman state").[9] Aliran anti-kerajaan ini secara amnya dikenali sebagai libertarianisme. Kebanyakan liberal percaya bahawa kewujudan kerajaan adalah perlu untuk melindungi rakyat tetapi makna kerajaan di sini boleh bermaksud hanya satu badan pelindung hak-hak dan kerajaan Weberian. Baru-baru ini, liberalisme mula menentang mereka yang ingin mewujudkan satu masyarakat di mana agama menjadi kuasa tertinggi. Kumpulan-kumpulan Islamisme dan Kristian yang radikal menolak semua pemikiran liberal. Kumpulan-kumpulan berasaskan agama ini selalu melihat undang-undang dan cita-cita liberal selalu bercanggah dengan pendapat mereka.
[sunting] Perkembangan pemikiran liberal
[sunting] Asal-usul pemikiran liberal
John Locke (1632-1704)

Penekanan ke atas maksud kebebasan sebagai hak penting seseorang di dalam satu masyarakat telah acap kali berulang sepanjang sejarah manusia. Antara yang telah disebut adalah pesaingan di antara plebeian dan patrician semasa Empayar Roman dan perjuangan bandar negeri Itali dari Paus. Republik-republik Florence dan Venice mempunyai pilihanraya, undang-undang dan kebebasan berusaha sepanjang tahun 1400an sehingga penguasaan kuasa luar pada kurun ke-16. Pemberontakan Belanda terhadap tekanan Katholik Sepanyol yang dikenali sebagai Perang Lapan Puluh Tahun selalu difikirkan selalu asal-usal nilai-nilai liberal — walaupun Belanda enggan memberi kebebasan kepada orang-orang Katholik.

Sebagai satu ideologi, liberalisme boleh dikatakan berasal dari falsafah humanisme yang mula mempersoalkan kuasa Gereja semasa zaman Renaissance dan juga daripada pihak Whigs semasa Revolusi Gemilang di Great Britain yang mahu hak untuk memilih raja; ini boleh dilihat sebagai satu titik permulaan pemerintahan popular. Walaupun begitu, pergerakan yang benar-benar boleh dinamakan sebagai liberal bermula di masa Zaman Kebangkitan, secara khasnya, parti Whigs di Britain, ahli-ahli falsafah di Perancis dan pergerakan untuk pemerintahan sendiri di koloni British di New England. Pergerakan-pergerakan ini menentang pemerintahan beraja mutlak, merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi. Mereka juga adalah yang pertama memperlihatkan dasar hak-hak peribadi di bawah undang-undang dan just kepentingan pemerintahan sendiri melalui pilihanraya.

Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentukan pendapat yang menyatakan bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. Pendapat ini pertama kalinya diketengahkan oleh John Locke (1632-1704) di dalam penulisannya bertajuk Two Treatises on Government. Di dalam tulisan itu John Locke memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (freedom of conscience) seperti yang dibentangkan di dalam A Letter Concerning Toleration (1689). Akan tetapi, beliau tidak memperluaskan idea-idea itu kepada orang Kristian Katholik. Beliau membina pendapat awal mengenai hak-hak semulajadi (natural rights) yang dilihatnya sebagai "kehidupan, kebebasan dan harta"". "Teori hak-hak semulajadi" beliaulah yang menjadi asas pembentukan idea hak-hak asasi manusia. Menurut Locke lagi, harta adalah lebih penting daripada hak untuk melibatkan diri di dalam kerajaan dan pembuatan keputusan awam; beliau tidak menyokong demokrasi kerana beliau takut kepada kemungkinan pemberian kuasa kepada orang ramai akan membolehkan orang ramai mengatasi hak-hak peribadi kepada harta. Walaupun begitu, idea hak-hak semulajadi menjadi asas pemikiran yang mengiakan Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis.
John Locke (1632-1704)

Di benua Eropah, Charles de Secondat, Baron de Montesquieu memperjuangkan fahaman undang-undang yang mengekang kuasa raja-raja. Fahaman tersebut telah dicatatkan oleh beliau di dalam The Spirit of the Laws yang ia adalah "lebih baik untuk mengatakan kerajaan yang paling serasi dengan alam adalah kerajaan yang serasi dengan kehendak mereka yang menubuhkan kerajaan. (Inggeris: "Better is it to say, that the government most conformable to nature is that which best agrees with the humour and disposition of the people in whose favour it is established.") daripada menerima penggunaan kuasa. Ahli ekonomi politik Jean-Baptiste Say dan Destutt de Tracy tertarik kepada "keharmonian" pasaran dan kemungkinan besar, mereka berdualah yang mencipta frasa laissez-faire. Ini kemudiannya beransur-ansur menjadi asas kepada kumpulan fisiokrat dan politik ekonomi Rousseau.

Pada Zaman Kesedaran Akhir Perancis, dua tokoh mula mempengaruhi dan membentuk pemikiran liberal. Dua tokoh tersebut adalah Voltaire dan Jean-Jacques Rousseau. Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan menamatkan instituti Estat Kedua. Rousseau pula memperjuangkan kebebasan semulajadi untuk manusia. Kedua-dua tokoh mahu membina sistem sosial yang baru di mana masyarakat boleh meletakkan batasan kepada kebebasan tetapi tidak boleh memusnahkannya, walaupun pendekatan mereka berbeza. Untuk Voltaire, pendekatannya adalah lebih intelektual manakala Rousseau pula menyentuhkan kebebasan semulajadi yang mungkin berkaitan dengan pendapat Diderot.
Anders Chydenius

Rousseau juga membicarakan mengenai kontrak sosial. Ia adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekanan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicaraan Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Dari pendapat itu, beliau terus menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis di masa itu. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta di dalam penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson. Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini, seperti aristokrasi.

Mereka yang menjadi pencetus-pencetus utama Zaman Kesedaran di Scotland seperti David Hume dan Adam Smith serta di Jerman seperti Immanuel Kant merupakan penyumbang-penyumbang utama kepada falsafah liberalisme awal.

David Hume banyak memperkembangkan pemikiran liberal. Sumbangan terpenting beliau adalah satu karya yang bertajuk A Treatise of Human Nature yang siap ditulis sekitar 1739 dan 1740. Di dalam penulisannya itu, beliau menyatakan bahawa segala percubaan untuk mengatur kehidupan seseorang individu akan diatasi oleh peraturan asasi pengaulan manusia. Kritikannya yang terhadap merkantilisme serta pengumpulan emas dan perak jelas menunjukan pendapatnya yang sehala dengan penulisannya. Beliau menyatakan bahawa harga adalah bersangkut-paut dengan jumlah wang dan pengumpulan wang serta pengeluaran wang kertas akan mengakibatkan inflasi.
Adam Smith

Walaupun Adam Smith merupakan pemikir ekonomi liberal yang terkenal, beliau bukanlah yang pertama. Para fisiokrat di Perancis adalah kumpulan yang terawal yang mencadangkan ekonomi politik dan pengaturan pasaran dengan sendirinya dikaji secara teratur. Kemudiannya pada tahun 1750, Benjamin Franklin menyokong kebebasan untuk perusahaan Amerika. Di Sweden-Finland, era kebebasan yang kerajaan berparlimen melahirkan seorang ahli parliment Finland yang bernama Anders Chydenius. Beliau adalah tokoh yang pertama yang mencadangkan perdagangan dan perusahaan yang bebas di dalam bukunya yang bertajuk The National Gain pada tahun 1765. Tulisan beliau bukan sahaja jelas mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi di negara-negara Nordik, tetapi juga di kawasan-kawasan lain di masa terkemudian.

Di sekitar abad yang ke-18, ahli ekonomi dan falsafah dari Scotland, Adam Smith (1723-1790) mula memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Tambahan lagi, sesuatu negara itu akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Smith mengetengahkan idea untuk mengakhirkan sistem feudal, polisi-polisi merkantilisme, monopoli negara dan memperkenalkan kerajaan "laissez-faire", iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas. Di dalam The Theory of Moral Sentiments (1759), Smith menulis tentang teori motivasi yang cuba untuk mengamankan perasaan yang menekanan kepentingan sendiri serta ketidakaturan sosial.
Immanuel Kant

Beliau memperkatakan lagi di dalam The Wealth of Nations yang ditulis pada tahun 1776 yang pasaran di bawah sesuatu syarat akan mengaturi sistemnya dengan sendirinya dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa diwaktu itu. Beliau hanya membenarkan kerajaan mememang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan yang bergantung kepada keuntungan seperti menghalang seseorang daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk menghalang persaingan, perdagangan ataupun pengeluaran. Teori pencukaian beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenaikan cukai dengan cara yang tidak mengugat kesejahteraan ekonomi, dan "setiap rakyat sesuatu negara patut menyokong negara sebanyak boleh mengikut kebolehan sendiri; dengan ini, bermaksud hanya sebahagian daripada pendapatan mereka yang diperolehi dibawah perlindungan negara.[10] Beliau bersetuju dengan Hume yang modal, bukan emas adalah sumber kekayaan sesuatu negara.

Pemikiran Hume yang memperkenalkan empirikisme dan rasionalime sangat mempengaruhi Immanuel Kant. Sumbangan terhebat Kant kepada liberalisme adalah di dalam bidang etika, terutamanya penekanan beliau tentang kepentingan kategori. Menurutnya, penerimaan sistem pemikiran dan moral mematuhi peraturan semula jadi dan oleh itu, sebarang usaha untuk mengugat peraturan itu akan gagal sama sekali. Idealisme beliau menjadi semakin berpengaruh apabila masa berlalu kerana beliau berkata kebenaran mutlak adalah asas pengetahuan. Ini amat menyokong pendapat yang terhasil semasa Zaman Kesedaran Inggeris yang menekankan hak-hak asasi
[sunting] Liberalisme diperkayakan
Thomas Paine

Pemikir-pemikir liberal awal membentuk idea-idea mereka di dalam anggapan yang hanya berkesan di dalam sistem beraja dan juga masyarakat yang mana sistem kelas dan institusi agama adalah satu perkara biasa. Walaupun Wars of the Three Kingdoms telah mewujudkan Komanwel England yang bersifat republik di antara tahun 1649 dan 1660, konsep di mana seseorang insan biasa boleh memerintah dirinya sendiri telah didiamkan selepas sistem beraja berjaya dihidupkan semula semasa English Restoration. Pendapat individualisme itu hanya wujud di dalam muka buku sehingga Revolusi Amerika dan Perancis tercetus. Satu lagi kejadian yang mempopularkan konsep itu adalah Glorious Revolution yang berlaku di dalam tahun 1688. Akan tetapi, revolusi itu mengantikan satu raja dengan raja yang lain. Walaupun begitu, ia menguatkan Parlimen Britain sambil mengurangkan kuasa raja. Kedua-dua Revolusi Amerika dan Perancis memeluk apa yang diperkatakan oleh Rights of Man karangan Thomas Paine. Idea bersifat republik yang didokong oleh pihak Radikal mempengaruhi revolusi-revolusi ini yang kemudiannya menjadi contoh-contoh penting untuk para liberal yang mendatang. Selepas itu, para liberal mula menolak tradisi yang sedia ada.

Thomas Paine, Thomas Jefferson dan John Adam merupakan tokoh-tokoh yang berjaya memujuk peneroka-peneroka New England untuk menentang kuasa Britain di atas nama "kehidupan, kebebasan dan kesenangan"[11]. Ini adalah apa yang diperkatakan oleh Locke dengan satu perbezaan. Jefferson yang ditentang Alexander Hamilton meletakkan kesenangan di mana Locke meletakkan harta. Dari situ kemudiannya, "Eksperimen Amerika" menekankan kerajaan demokratik dan kebebasan peribadi.

James Madison adalah seorang tokoh generasi pemikir politik Amerika yang seterusnya menyokong sistem republik. Menurutnya, sesuatu republik yang mengurus negaranya sendiri bergantung ke atas persaingan di antara kepentingan-kepentingan yang berbeza. Ini akan melindungi hak-hak minoriti. Perlembagaan Amerika Syarikat mewujudkan satu sistem timbang balas: hak-hak kerajaan persekutuan yang bersaing dengan hak-hak kerajaan negeri; kuasa yang terbahagi di antara sayap eksekutif, kehakiman dan perundangan; dan bikameralisme di dalam bidang kehakiman. Semua ini memastikan kebebasan individu supaya tidak bergantung kepada mana-mana satu pengaruh. Tentara dipandang dengan penuh curiga. Ini dibandingkan dengan kepercayaan yang pasukan militia sudah cukup untuk menjaga keselamatan dan pertahanan sesuatu masyarakat serta satu tentera laut untuk memastikan perdagangan akan berterusan tanpa digugat oleh lanun ataupun mana-mana pihak.
Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat

Di seberang Lautan Atlantik, Revolusi Perancis telah mengulingkan raja, aristokrat dan institusi Geraja Roman Katolik. Perubahan ini adalah lebih mendadak dan penuh dengan pertumpahan daripada Revolusi Amerika Syarikat. Satu kejadian yang penuh bersejarah berlaku apabila perwakilan di dalam Estet Ketiga mengisytiharkan bahawa golongan ini adalah perwakilan kebangsaan dan oleh itu mempunyai hak untuk mewakili seluruh rakyat Perancis. Untuk beberapa tahun yang awal, revolusi ini berlandaskan kepada idea-idea liberal tetapi perjalanan dari revolusi ke kestabilan terbukti lebih sukar dari apa yang dialami oleh Amerika Syarikat. Selain daripada tradisi Zaman Kesedaran yang sedia ada, beberapa tokoh-tokoh awal revolusi Perancis seperti Lafayette yang menyertai Peperangan Kemerdekaan Amerika Syarikat telah membawa pulang idea-idea liberal baru yang popular di Amerika ke Perancis. Di bawah pemerintahan Maximilien Robespierre kemudiannya, satu kumpulan Jacobin telah memusatkan kuasa kepada mereka sendiri dan mula tidak mengedahkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang akhirnya menyebabkan berlakunya Reign of Terror. Walaupun apa yang diperjuangkan adalah republik berperlembagaan, seorang tokoh politik dan tentera semasa revolusi iaitu Napoleon Bonaparte menjadi maharaja dari konsul dan seorang direktor pada mulanya. Sebelum Napolean meninggalkan dunia, beliau mengaku yang "Mereka mahukan seorang Washington"[12]. Ini bermaksud seorang pemimpin yang boleh menubuhkan satu negara dengan kekuatan tentera tanpa satu kehendak untuk mewujudkan satu dinasti. Walaupun Revolusi Perancis gagal mencapai apa yang dicapai oleh Amerika pada masa itu, Revolusi Perancis lama-kelamaan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang memeluk idea-idea liberal lebih erat daripada rakyat Amerika Syarikat dengan memperkenalkan undian umum untuk semua lelaki, kerakyatan kebangsaan dan satu dokumen seperti Bill of Rights Amerika syarikat, iaitu Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat yang berpengaruh. Tambahan lagi, kempen peperangan yang diketuai oleh Napolean membolehkan idea-idea liberal disebarkan ke seluruh Eropah.
Benito Juárez

Langkah-langkah Amerika Syarikat dan Perancis selepas itu akan menjadi contoh untuk diikuti oleh negara-negara lain. Pengulingan sistem beraja Sepanyol oleh tentera Perancis yang diketuai Napoleon pada tahun 1808 memperkuatkan gerakan kemerdekaan di Amerika Selatan yang sering bergantung kepada liberalisme sebagai pilihan alternatif terhadap korporatisme, monarki dan kolonialisme. Pergerakan yang dipimpin oleh Simón Bolívar di negara-negara Pengunungan Andes berusaha membina kerajaan berperlembagaan, hak-hak peribadi dan perdagangan bebas. Pergolakan di antara para liberal dan korporatis yang konsevatif terus berlangsungan di seluruh benua tersebut dengan para liberal yang menentang kuasa paderi seperti Benito Juárez dari Mexico mengkritik kuasa Gereja Roman Katolik.

Perubahan masyarakat Eropah ke liberalisme kadang-kala berlaku menerusi revolusi ataupun gerakan pemisah yang kasar. Revolusi dan tentangan liberal banyak berulang di separuh pertama abad ke-19. Ini bagaimanapun tidak benar untuk Britain dan banyak negara lain di mana proses berubahan berlangsung tanpa pertumpahan darah, walaupun tidak seratus peratus aman. Gerakan anti-klerikalisme yang ganas semasa Revolusi Perancis dilihat oleh musuh-musuh revolusi sebagai sifat liberalisme yang khusus, walaupun pada masa yang sama, para liberal sendiri menjadi mangsa keganasan Jacobin.

Dengan tibanya zaman romantisme, pergerakan liberal mula berganjak dari cadangan untuk perubahan untuk kerajaan yang sedia ada kepada pemintaan untuk perubahan. Revolusi Amerika dan Perancis menambah "demokrasi" ke dalam senarai yang mengandungi nilai-nilai liberalisme. Pendapat yang percaya bahawa seseorang itu merdeka dan mampu untuk merangka dan menguat kuasa undang-undang dan peraturan mula bergerak melepasi apa yang disarankan oleh pemikir-pemikir Zaman Kebangkitan. Mulai dari sini, liberalisme tidak lagi menekankan hak-hak peribadi di dalam sempadan sesuatu negara tetapi berpendapat yang kuasa negara datang dari sifat semula jadi manusia, diberikan oleh tuhan atau dari perjanjian di antara yang dipimpin dan yang memimpim.[13] Ini memperluaskan lagi jurang di antara pemimpin-pemimpin autokratik dengan para liberal, mengurangkan kemungkinan satu kompromi dicapai. Di kalangan penyokong-penyokong monarkisme, ini membolehkan keganasan dilakukan untuk mengembalikan kesusilaan.
The Social Contract, Or Principles of Political Right (1762) oleh Jean-Jacques Rousseau. Edisi cetakan haram dari Jerman[14]

Sifat perjanjian pemikiran liberal adalah satu perkara yang penting. Salah satu aliran yang memenuhi pemikiran liberalisme awal adalah kenyataan yang individu membuat perjanjian dan memiliki harta. Ini mungkin tidak kelihatan radikal sekarang tetapi kebanyakan undang-undang kehartaan pada masa lampau menyatakan yang harta adalah dimiliki oleh keluarga atau seseorang yang tertentu di dalam keluarga itu, seperti ketua keluarga. Perjanjian dibuat melalui hubungan fuedal dan kesetiaan peribadi dan bukan melalui pertukaran perkhidmatan ataupun barangan. Dengan secara perlahan, pandangan liberal mula memperkenalkan perjanjian melalui kerelaan sebagai batu asas yang membina kerajaan dan undang-undang yang adil. Ini telah diperjuangkan oleh Rouseau dengan pegangannya kepada konsep kontrak sosial.

Ada beberapa revolusi di antara 1774 dan 1848 yang mahu perhatian lebih diberikan kepada kepentingan individu di dalam masyarakat. Dengan kata lain, permintaan untuk pemerintahan sendiri. Pendapat ini membakar gerakan-gerakan pemisahan seperti yang berlaku dengan jajahan-jajahn Sepanyol di Amerika dan Revolusi Amerika. Para liberal dari Eropah, terutamanya selepas Perlembagaan Perancis 1793, sering memikirkan pemerintahan demokrasi merupakan satu pemerintahan majoriti oleh mereka yang tidak bertanah yang mengbahayakan kedudukan harta persendirian. Liberal demokrat seperti de Tocqueville walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat itu. Kehartaan di bawah sistem fuedalisme, para liberal menyokong penyatuan ke arah kebebasan. Contoh-contoh terbaik dapat dilihat di negara Jerman dan Itali. Sebagai sebahagian dari program revolusi, kepentingan pendidikan menjadi satu nilai pokok dalam pemikiran mengenai kebebasan seperti yang ditekankan berulang kali oleh Erasmus.

Pada masa yang sama, parti-parti politik liberal di kebanyakan negera Eropah semakin aktif meminta kerajaan berparlimen, perwakilan yang luas, perkembangan polisi-polisi liberal dan penciptaan kuasa untuk membatasi pengaruh raja. Liberalisme politik selalu dipimpin oleh liberalisme ekonomi. Secara tepatnya, ini bermaksud pengakhiran sistem fuedal, monopoli raja, pembatasan terhadap hak-hak kehartaan serta undang-undang yang tidak membenarkan perbadanan institusi ekonomi. Perkembangan ini bukan sahaja berlaku di negara-negara liberal tetapi juga di negara-negara autokratik seperti Turki, Russia dan Jepun. Apabila Empayar Russia mula mengadapi masalah-masalah besar yang timbul daripada kegagalan ekonomi dan kekalahan peperangan, parti politik liberal mula menguasai dewan perwakilan negara tersebut, Duma dan pada tahun 1905 dan 1917, berlakunya usaha untuk menggulingkan kerajaan. Kemudiannya, Piero Gobetti mula menulis tentang "Revolusi Liberal" yang diperkatakan oleh beliau sebagai nilai radikal yang ada di dalam liberalisme. Satu lagi contoh revolusi liberal berlaku di Ecuador di mana Eloy Alfaro pada tahun 1895 mengepalai satu pergerakanl liberal radikal yang mahu mewujudkan negara sekular, undang-undang perkahwinan yang terbuka dan pembinaan infrastruktur untuk membolehkan ekonomi tumbuh yang lebih mantap.
[sunting] Perbezaan pendapat dan perpecahan
[sunting] Peranan-peranan negara

Diakhir abad yang ke-19, terdapat satu golongan liberal yang besar yang berpendapat bahawa untuk menjadi bebas, seseorang itu perlukan beberapa pengisian termasuk pendidikan dan perlindungan dari ekspotasi. Pada 1911, L.T. Hobhouse menerbitkan penulisan bertajuk Liberalism,[15] yang merumuskan tentang liberalism baru, termasuk penerimaan campur tangan kerajaan di dalam ekonomi dan hak-hak bersama ke atas kesamarataan di dalam perhubungan yang diberi nama "kerelaan yang adil".[16]

Ada yang menentang perkembangan baru untuk dengan menjadi anti-kerajaan dan di dalam beberapa kejadian, sesetengah mengdakap falsafah anarkisme. Gustave de Molinari[17] di Perancis and Herbert Spencer[18] di England adalah antara tokoh-tokoh yang mempunyai pendirian ini.
[sunting] Hak-hak dan utilitarianisme
Wilhelm von Humboldt
John Stuart Mill

Seorang Jerman yang bernama Wilhelm von Humboldt telah membentuk satu konsep liberalisme yang moden di dalam bukunya yang bertajuk The Limits of State Action.[19]

John Stuart Mill pula telah memashur dan mengembangkan idea itu di dalam On Liberty (1859) dan hasil tulisannya yang lain. Beliau menentang pendapat kolektivis dan pada masa yang sama menekankan tahap hidup seseorang individu. Beliau juga menyokong pergerakan yang memperjuangkan hak wanita untuk mengundi dan kemudiannya, koperasi buruh.

Salah satu sumbangan Mill adalah falsafah utilitarianisme yang cuba mengiakan liberalisme. Beliau mendirikan idea-idea liberal secara pramatik dengan menyatukan idea kebebasan yang diperkatakan oleh pemikir-pemikir liberal Perancis seperti Jean-Jacques Rousseau dan pemikir-pemikir Britain seperti John Locke yang mengambil berat tentang hak-hak.


[sunting] Demokrasi dan liberalisme

Hubungan di antara demokrasi dan liberalisme boleh dirumuskan oleh Winston Churchill. Beliau berkata "...demokrasi adalah bentuk kerajaan yang paling teruk tetapi semua bentuk lain telah dicuba...".[20] Tiada apa di dalam demokrasi yang memastikan kebebasan tidak tercabar kecuali kezaliman oleh pihak majoriti. Konsep demokrasi liberal kemudiannya diperkenalkan untuk membolehkan demokrasi dan liberalisme wujud bersama.[21] Liberalisme diterima ramai selepas absolutisme digantikan dengan kerajaan terbatas di mana kerajaan wujud dengan kerelaan rakyat. Idea kerelaan itu bermaksud demokrasi. Pada masa yang sama, pemikir-pemikir liberalisme awal sangat sedar akan keburukan mob rule jadi mereka membentuk perlembagaan untuk membatasi kuasa kerajaan berdemokrasi dengan memisahkan kuasa kerajaan di antara tiga cabang. Bagi para liberal, demokrasi bukan pengakhir kata tetapi hanya satu jalan untuk menjamin kebebasan, individualisme dan kepelbagaian pendapat.[22]
[sunting] Radikalisme dan liberalisme

Beberapa negara Eropah dan Amerika Selatan pada abad ke-19 dan awal ke-20 menunjukan satu kecenderongan politik yang radikal yang mengatasi idea liberalisme. Pada masa yang sama, sesetengah idea-idea radikalisme mula menyerapi para liberal yang kemudiannya menjadi lebih sanggup melihat perubahan demokratik berbanding para liberal yang asal. Di Britain, para radikal bersatu dengan para liberal daripada Whig Party di dalam Liberal Party. Di negara lain termasuk Bulgaria, Denmark, Sepanyol, Belanda, Argentina dan Chile, para liberal bersayap kiri mengasas parti politik radikal mereka yang mempunyai pelbagai nama; di Switzerland dan di Jerman, parti itu diberi nama Freisinn; [23][24] Ini tidak bermakna semua parti radikal diasaskan dengan nilai-nilai liberal sayap kiri. Di sastera politik Perancis, ia adalah satu perkara biasa untuk memisahkan liberalisme dan radikalisme. Di Serbia, kedua-dua falsafah tidak langsung mempunyai kesamaan. Tetapi, para radikalisme Perancis menyertai pergerakan liberal antarabangsa di separuh pertama abad ke-20 seperti yang tertulis di dalam Entente Internationale des Partis Radicaux et des Partis Démocratiques similaires[25]
[sunting] Zaman Kemelesetan Sedunia dan liberalisme
Franklin D. Roosevelt

Walaupun terdapat perdebatan tentang kewujudan negara kapitalis laissez-faire pada 1930-an[26], Zaman Kemelesetan Sedunia ditahun 1930-an mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap kapitalisme dan motif keuntungan. Orang ramai juga mula percaya yang pasaran bebas gagal membawa kesejateraan dan mengatasi kemiskinan. Pemikiran para liberal mula terganggu dengan kacau-bilau politik serta kehadiran sekatan ke atas kebebasan yang dipercayai berlaku akibat pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. John Dewey, John Maynard Keynes dan Franklin D. Roosevelt merupakan para liberal yang baru yang berpegang kepada pendapat yang menyokong pembesaran saiz kerajaan untuk melindungi kebebasan dengan membolehkan kapitalisme berterusan disamping menghalang kegiatan ekonomi yang berlebihan. Para liberal yang lain yang berpengaruh pula seperti penulis The Road to Serfdom, Friedrich Hayek, berpegang bahawa Zaman Kemelesatan Sedunia dan Perang Dunia Kedua adalah kejadian-kejadian yang tiada kaitan dengan liberalisme asal dan oleh itu, menolak cadangan para liberal baru untuk menguatkan lagi kuasa kerajaan di dalam pasaran.

liberalisme..

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.[1] Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,[2] pasaran bebas[2] dan ketelusan sistem pemerintahan.[3] Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.[4]

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.[5]

Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat[6], yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah."[7]

Kamis, 15 April 2010

RADEN MULIA IBRAHIM GELAR SULTAN MUHAMMAD IBRAHIM SYAFIUDIN 1931-1943 1

Raden Mulia Ibrahim Bin Raden Achmad gelar Pangeran Adipati bin Sultan Muhammad Syafiudin II,gelar Sultan Muhammad Mulia Ibrahim Syafiudin adalah Sultan Sambas yang ke-15.Diangkat menjadi Sultan pada tanggal 02 Mei 1931.Ketika Sultan Muhammad Ali Syafiudin II wafat mendadak tanggal 09 Oktober 1926 ,belum diangkat pengganti Sultan yang baru, Raden Mulia Ibrahim masih sangat muda

Setelah Sultan Muhammad Ali Syafiudin II meninggal ,maka sejak tanggal 10 Oktober 1926 diangkat dan dibentuk Majelis Kesultanan yang melaksanakan tugas tugas Sultan Sambas. Majelis Kesultanan ini bertugas sampai 02 mei 1931.
Majelis Kesultanan itu terdiri dari :
a.Cotroleur Sambas Van der Velden sebagai ketua.
b.Pangeran Bandahara Sri Maharaja dan Pangeran Laksamana sebagai anggota.
c.Demang kota Sambas Raden Tachmid Panjianom sebagai penasehat.

Pada tanggal 17 Juli 1915 diperintahkan oleh Sultan Muhammad Syafiudin II kepada Raden Muchsin Panjianom dan Raden Abubakar Panjianom berangkat ke Serang ,Banten,untuk menemani dan membawa Raden Mulia Ibrahim untuk belajar disekolah OSVIA (opleiding Shool Voor Inlandsche Ambtenaar). Pada tanggal 15 Juli 1922 sewaktu Raden Mulia Ibrahim baru duduk ditingkat tiga ia diminta pulang ke Sambas oleh Sultan Muhammad Syafiudin II dan bekerja dikantor wakil Sultan di Singkawang (Raden Umar Junid) . kemudian dipindahkan dikantor Wakil Sultan di Bengkayang (Raden Ja’coeb Adiwijaya).Selanjutnya bekerja dikantor Panembahan Ketapang –Matan dibawah pimpinan Gusti Muhammad Saunan.

Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Mulia Ibrahim Syafiudin
Pembangunan Negeri Sambas dibidang pendidikan dan pengajaran tidak mengalami kemajuan mengingat pada masa tahun 1931-1933 situasi dan kondisi Negeri Sambas mengalami krisis ,dan dalam keadaan susah.Kerajaan Belanda terpaksa mengurangi belanja pendidikan dan pengajaran masyarakat,sekolah sekolah :Volksschool (Sekolah Rakyat) 4 tahun,Vervolgsschool atau sekolah sambungan dan Standaardschool (pengganti H I S).Demikian juga Madrasah Sulthaniah mengalami kemunduran .kemudian atas inisiatif dari Maharaja Imam Haji Muhammad Basyuni Imran,Raden Muchsin Panjianom,Raden Abubakar Panjianom ,Daeng Muhammad Harun pada tanggal 19 April 1936 dibentuk sebuah perkumpulan dengan mana “Tarbiyatul Islam” dengan motto :”Bahwa bangsa Indonesia tidak akan dapat maju kalau tidak mempunyai Perguruan Bangsanya Sendiri”.

Para pengurus Tarbiyatul Islam mengorganisir kembali Perguruan Sultaniah bentuk baru sehingga berdiri sebuah sekolah Schakel School.Kemudian perkumpulan Tarbiyatul Islam membuka sebuah lagi sekolah (Schakel School) diSambas dan 2 buah sekolah agama masing masing diSingkawang dan Pemangkat......(Bersambung)...........

Kejangallan (Cinte si Bujang)

Waktu iye ari udah gallap inyan, ndak nampak ape ape di luar, urang pun dah balik dari surau laka’ sembahyang ise. Riuh randah kampong mun dah waktu malam daan agi kedengaran, urang seko’ seko’ na’ang nang ngelintau ngelintau di lorong, iye pun paling urang nang nak mbali nyak tanah, barang jak dirumahnye nyak tanah dah nak abis, pelitenye pun kisap-kisap nak mati. Ujan tang masih ballom beranti, tang masih kedangaran bunyi nye di atap daun rumah, ballom beranti lalu be dari bahari. Padehal Bujang dah bekammas, cari dah aksi lalu, rambutnye nang ikal mengkilat pakai minyak makan, maklumlah mun daan pakai minyak makan rambut Bujang jak ngerabba’ macam nak tembalui. Bujang bejalan kulu kile’, sekali-sekali mantau ke lorong dari lubang dinding rumahnye, laka’ iye dah kulu kile’ agi, care dah karap inyan lalu lalang dapan uma’ nye. Uma’nye ngerauk, “kau tue’ be nak jadi ape, tang rupe nak mbuang tabiat, kulu kile’kulu kile’ dapan rang tue, ibueh aku melietnye”. “Kau nak kemane rati-ing, ujan bahari tadi seagi-agian labat, daan kau liet lorong nang macam lumpur ye”. “Kau dah makan ke ballom?”. Bujang nyaut, “ballom makan ma”. Lansung aja’ uma’ ang nyambar dangan kerepekan nye nak siage-agean nyaring, “Kappa’-kappa’ aku berapi, tang alu daan nak makan be biak itue’ e…, daan nyaman agi ke nasi ee, tang cerite na’ ngerayau naang. Simari madahkan minta bakarkan ikan masing, yo dah ku bakarkan ye, makan lah, kala’ abang mu radak, abang mu ja’ siagi’ agi’an salak ee, tau ndak die rati urang laing ballom makan”


Angin tang mangkin kancang, atap rumah Bujang tebabak sekali-sekali. Dalam ati Bujang ngomong sorang, “ujan to’ be tang daan ngerati ngan urang nak magii’ muhabbat, mun nak ujan usah lah kanda’ ang malam ahad to’, malam sannin ke gayye be kanda’ nye”. Bujang, nang umurnye baru anam ballas tangah taun pas bulan sappar itu, temannong bantar. Kak ye abang nye nang paling tue, nang tige taon diatas Bujang, naggor Bujang, “Jang, kau tang care dah terigas inyan malam ito’ kau na’ paggi ke rumah Adeng ke?” Bujang lansung njawab, “Heh abang to”. Daan sangka’ sangka’ rupenye kedangaran leh umma’ ang nang agi mbakar perabun di dapur. Lansung aja’ lah umma’nye nyeragah, “Oiii, na’ kemane? Na’ ke rumah si Adeng, anak Mat Kuncup ye ke?” lansung agi abang nye nambahee “Auk lah mak, rumah nak dare nang paling terigas dikampung kite tu’ e, tau ke umma’ e, muke nye care dah bagus ma’ bujur macam nak tallor itik tongpan, kulik nye putih macam kapur barus, nang rumah ang antul seleko ye”, daan ade agi lah umma’ ang, lansung aja ngerauk, “Kau Jang, baru aja dua ahad itoe’ lakak besunnat udah tau nak becinte cinte, nak kau beri makan ape anak urang ye, kassal aku ngan biak kini to’ e” Bujang diam, nang nyaut anak abangnye tikajjut ndagar nek uwan nye kerauk kepadau. Sambil ngipak anaknye, abang si Bujang nambahe agi, “Biase lah mak, name nye aja urang bujang”

Lalu datang lah ayahnye dari ngajari biak ngaji di surau, lansung aja ngomong, “kita’ tuk be nak beranak care dah ingar, sampai nak serampah ndangarnye”. “Bujang ye be bang dah jadi rang bujang inyan, anak kite”, ma’ ang nyaut. “ngape udie”, nye ayah nye. “Ye be dah pandai nak be roman roman” ma’ ang agie’ nyaute ayah nye. Ayah Bujang lansung enconome Bujang, kak ye ngomong, “Jang, kau be masih sikolah, kappa’ kame’ incare kan kau duit nyekolah kan kau jauh jauh dari kampong kite to’, sape lah nak kame arap kan age’ abang mu, ja’ sampai ngan kalas lima’ naang, barang ja’ ge’ dolo’ care dah susah lalu nak incare duit, gattah care dah murah lalu, nak jual padi, ja’ cukup angan makan naang, jadi be battol battol sikit kelakuan ye, mun kala’ kau jadi pegawai keraje kantor ja’ ntuk kan kau jua ye be” panjang lebar ayahang nyeramahe si Bujang. “auk be yah auk” Bujang nunduk mati kuttu ngan ayahang. “kau dah simbayang ise eke Jang, tang sean ayah liet kau di surau tade’” ayahang betanya ngan Bujang. “dah lakka’ be yah, tade’ tang rase jarreh nak ke surau, lorong ye be tang lecet inyan, jadi tade simbahyang ngan umma di rumah” Bujang nyaut. “Kau, mun nak paggi ke surau tang ade tolen alasannye, mun nak ngerayau ribut pattir daan kau dulikan” ayahang rase nak marah. “Kak ye, dah bemakanan semuenye ke” ayahang betanya’. “Aku lakka’ simbahyang ngarrib tade’ jamman dah lakka’ mane be berujan beribut di ume, lakka’ nye tang ase ke buluran” nye uma’ ang. Sambil ngise’ pelite ngan nyak tanah, Bujang ndangar lagu dangdut dari radio rumah urang siballah, Bujang temannong agi, antare kedangaran ngan indak ditambah agi bunyi rintik di atap rumah, Bujang khoso’ ndangarkan lagu iye “Hujan di malam minggu, Engkau tak datang padaku, terkattung katung aku menunggu, aku menyanyi lagu merana. Katanya gunung akan kau daki lautan luas engkau sebrangi, tapi mengapa karna hujan saja engkau takut dan batalkan janjimu” “Jang, Jang, Jang, oooooo Jang” umma’ ang ngerauk age’. “Oiii, ngape be ma’” nye Bujang. “Yo, ayah mu ngajake makan, ade tade umma’ njantue’ jarring balik dari ume, tapi sambal belacan usah nak kau abisi, ayah mu isuk nak nyaur die nak puase bayar niat, gih makan aja, sodah dah be nak ngerayau nang ari ujan tuk e” nye uma’ ang. Jadi, makan lah tige mianak, ceritenye. Duduk diatas tikar bujang disamping abangnye, kak ye ayahang didepan anak nye bedua ye. Umma’ ang agi ngaut nasi, masukan gulai keladi campur midding kedalam mangkuk. Waktu makan, sean diantare nak beranak ye nang singomongan. Lalu tibe-tibe abang si Bujang tang rase na’ daggil, “Jang kau kan dah be sunnat, dah suah kau tarrai ke ye” sambil mbisike Bujang. Daan disangka’ sangka’ rupenye ummanye ade dibelakang ndangar ape nang dibisikan abang si Bujang. “Oooooo, Den, ngomong ape kau Den ngomong ape kau ngan ade’ mu yee. Usah nak cobe cobe mun ballom waktunye usah nak cobe cobe, nak masuk api nerake ke ape kita’ tuk, ndak rele dunie ahirat anakku kerajaan macam iye, ooo Den ooo Den usah na’ pongah macam iye usah nak macam iye, daan boleh daaaan boleh, kala’ diselalukan antu” umma’ ang ngerauk age’. “Daan be mak, aku mongahe Bujang ye be naang, daan singinnyan” si Uden ngomong Ndangar uma’ang ngerauk, Bujang care dah tikajjut. Kak ye, Bujang: O ma’ o ma’ tullong ma’ ae’ ma’ ae’ ma’ Umma’: ngape Jang ngapeee? Bujang: Jaring ma’ jarriiiiing Umma’: Jarring ngapee? Bujang: aku kejangngalan jarring, maaaa’ tullong maaa’ Umma’: nungging kau nungging (umma’ ang latah) Ayah: ngape tang alu nungging ude’ be, ae be ae Lakka’ minnum tang ballom jua titallan jarring ye Uden: “sunsangkan sunsangkan, taggum belakangnye ye taggum“ “Bub bub bub” Uden naggum belakang ade’ nye. Ahirnye tallus jua jarring kedalam parrut Bujang. Lakka’ iye ayahang ngomong” “Kau be Den mun na’ pongah, bagus bagus sikit lah nang jadi pongahan ye. Usah nak barang-barannye, pongah cerite umme ke, cerite kabbon ke, jauh labbih bagus. Itue’ tang pongah cerite ma’siat gayye daan boleh be daan boleh, tang daan lalu takut dangan Allah be” “auk be yah, ja’ pongah daan singaje tade’ ye be” Uden kesupanan. “Isuk isuk usah nak gayye age” ayahang nyambung. Lakkak makan, Bujang mantau age’ ke luar, ujan tang daan jua beranti. Kak ye, Bujang ambe’ keputusan dalam atinye, “mun gayye no go’ aja’ lah dirumah” dirumah lah malam itue, ujan pun tang masih ballom nak beranti, mulut pun dah bau jarring” sambel ngambuskan napasnye ke tangannye. “mmm, care dah bau inyan di jarring gassa’ nye be iiii” dalam atinye. “mun gayye kite minggu dappan diiii betammu age’ Deng Deng”

Kings (Sultans) and Rulers of Sambas

1. Sri Paduka Ratu Sepudak of Sambas, the Ratu of Sambas after 1609
2. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad Saif ud-din I. ibni al-Marhum Sultan Ibrahim ‘Ali Umar Shah of Sambas , the Sultan of Sambas 1630-1670
3. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad Taj ud-din ibni al-Marhum Sultan Muhammad Saif ud-din of Sambas , the Sultan of Sambas 1670-1708
4. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Umar Akam ud-din I. ibni al-Marhum Sultan Muhammad Taj ud-din , the Sultan of Sambas 1708-1732
5. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Abu Bakar Kamal ud-din I. ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jalal ud-din of Sabas , the Sultan of Sambas 1732-1762
6. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Umar Akam ud-din II. Ibni al-Marhum Sultan ‘Abu Bakar Kamal ud-din of Sambas , the Sultan of Sambas 1762-1793
7. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Abu Bakar Taj ud-din I. ibni al-Marhum Sultan ‘Umar Akam ud-din of Sambas , the Sultan of Sambas 1790-1814
8. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad ‘Ali Shafi ud-din I. ibni al-Marhum Sultan ‘Umar Akam ud-din II. of Sambas , the Sultan of Sambas 1814-1828
9. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Usman Kamal ud-din ibni al-Marhum Sultan ‘Umar Akam ud-din II. of Sambas , the Sultan of Sambas 1828 – 1832
10. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Umar Akam ud-din III. Ibni al-Marhum Sultan ‘Umar Akam ud-din II. of Sambas , the Sultan of Sambas 1832 – 1845
11. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Abu Bakar Taj ud-din II. Ibni al-Marhum Sultan Muhammad ‘Ali Shafi ud-din I. of Sambas, the Sultan of Sambas 1846-1854
12. Sri Paduka al-Sultan Tuanku ‘Umar Kamal ud-din ibni al-Marhum Sultan ‘Umar Akam ud-din III. of Sambas , the Sultan of Sambas 1854-1866
13. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad Shafi ud-din II. Ibni al-Marhum Sultan ‘Abu Bakar Taj ud-din II. of Sambas , the Sultan of Sambas 1866-1924
14. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad ‘Ali Shafi ud-din II. Ibni al-Marhum Sultan Muhammad ‘Ali Shafi ud-din I. of Sambas , the Sultan of Sambas 1924-1926
15. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad Ibrahim Shafi ud-din ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shafi ud-din II. of Sambas , the Sultan of Smbas 1926-1944
16. Japanese ruling council 1944-1945
17. Interregnum 1945-1946
18. Sri Paduka al-Sultan Tuanku Muhammad Taufik ibni al-Marhum Sultan Muhammad Ibrahim Shafi ud-din of Sambas ,the Sultan of Sambas 1946-1984
19. Pangeran Ratu Winata Kusuma of Sambas , head of the royal family 1984-2000, Sultan 2000-2008

Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

INDAH nian, sekiranya kira merenung dan menghayati liku-liku sejarah keperibadian ulama. Yang lalu belum tamat, disambung pula dengan ulama Sambas, Kalimantan, Indonesia dalam artikel ini. Pada 1963, ketika saya mengembara di Jawa, saya membeli buku berjudul, Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Mengapa Kaum Selain Mereka Maju yang diterjemah oleh K. H. Munawar Chalil daripada karya Amir Syakib Arsalan. Sejak itu nama Syeikh Muhammad Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas mulai terpahat pada ingatan saya.

Betapa tidak, kerana buku itu disusun adalah sebagai jawapan daripada pertanyaan ulama Sambas itu yang ditujukan kepada gurunya Saiyid Rasyid Ridha. Judul asli dalam bahasa Arab Limaza Taakhkharal Muslimun, wa limaza Taqaddama Ghairuhum? Tiga tahun kemudian, tepatnya pada 1966, di Kepulauan Riau saya mulai bergaul dengan adik ulama itu iaitu Pak Hifni Imran, salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia.

Beliau pula memiliki banyak ilmu hikmat untuk berdepan dengan musuh. Pada 1968 – 1969 sebelum saya bertemu dengan Syeikh Muhammad Basiyuni Imran saya telah menemui dua orang adik beliau ialah Haji Maaz Imran, seorang ulama, dan adiknya yang bongsu Haji Muhammad Zuhdi Imran, juga ulama, ketika itu sebagai Kepala Kantor Jabatan Agama Kabupaten Sambas, Kalimantan, Indonesia. Haji Muhammad Zuhdi Imran adalah seorang yang fasih berbahasa Arab, ahli pidato dan luas pergaulan.

Sewaktu beliau melantik Penghulu-Penghulu Nikah di Kecamatan Tebas, bertempat di Kampung Tekarang, ketika itu saya sempat tidur sekatil (satu tempat tidur) dengan beliau. Setelah menyebut nama adik-beradik beliau yang sempat saya wawancara, maka sebelum membicarakan hal-hal yang lain di sini saya sebut nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Basiyuni Maharaja Imam bin Syeikh Muhammad Imran Maharaja Imam bin Syeikh Muhammad Arif Maharaja Imam bin Imam Nuruddin bin Imam Mushthafa as-Sambasi. Lahir di Sambas, Kalimantan, Indonesia pada 23 Zulhijjah 1300 H/25 Oktober 1883 M. Tarikh wafat 29 Rejab 1396 H/26 Julai 1976 M.

Pada satu hari Jumaat, tahun 1970, saya berdua dengan Pak Abdul Ghani, waktu Dhuha, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran seorang dirinya saja, rupanya ulama besar Sambas tersebut telah berada dalam Masjid Jamik Sultan Sambas. Ketika itu beliau duduk mentelaah kitab. Kami berdua terpaku, kagum, sukar menjelaskannya dalam artikel ini. Sungguh hebat dan berwibawa caranya duduk, caranya berpakaian, semuanya menarik.

Ketika itu umur beliau hampir 90 tahun, namun wajahnya berseri-seri apatah lagi kulit beliau putih kekuningan langsat menghiasi susuk tubuh yang berjubah putih, kepala dililit dengan serban, semuanya dengan rapi dan bersih. Melihat kami datang beliaulah yang terlebih dahulu mengucapkan salam. Setelah berkenalan sejenak kami berdua mohon beliau membaca kitab yang ada di tangannya, kerana kami ingin mengambil berkat. Walau pun yang mendengar hanya kami berdua beliau tidak keberatan memenuhi permintaan kami.

Lafaz Arabnya beliau baca, langsung diterjemah dan ditafsirkannya ke bahasa Melayu Sambas. Menjelang Jumaat orang bertambah ramai sehingga azan barulah beliau berhenti membaca kitab. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran juga menjadi imam Jumaat pada hari itu, bertambahlah kagum saya terhadap ulama Sambas tersebut, kerana bukan parasnya saja yang cantik, rupanya suara dan bacaannya sangat merdu dan sedap didengar telinga. Tidak dapat saya bayangkan, kerana hingga saya menulis artikel ini apabila saya teringat peristiwa yang bersejarah ini masih terkesan dan tercari-cari bunyi bacaan yang demikian itu. Padahal saya pernah menjadi makmum sembahyang Jumaat mengikut Syeikh Muhammad Basiyuni Imran hanya dua kali. Yang sekali lagi di Masjid Gang Wan Sagaf Pontianak.

Baik pertemuan yang pertama di Sambas mahu pun yang kedua di Pontianak bagi saya memang ada kesan yang tersendiri. Yang saya ceritakan ini adalah yang sebenarnya bukan atas ketaksuban. Haji Agus Salim, Buya Hamka dan Prof. Dr. Kahar Muzakkir, ketiga-tiganya orang-orang yang hebat belaka, mereka mengakui ketinggian ilmu yang dimiliki oleh ulama Sambas tersebut. (Lihat Riwayat Hidup dan Perjuangan Maharaja Imam Sambas, oleh Machrus Effendy, P.T Dian Kemilau, Jakarta, 1995, hlm. 16.)

Pendidikan

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran mendapat pendidikan awal dan asas selama 10 tahun dari ayahnya sendiri, Maharaja Imam Muhammad Imran dan ayah saudaranya Khathib Muhammad Jabir. Ayah dan ayah saudaranya itu adalah anak ulama besar Maharaja Imam Sambas yang pertama, ialah Haji Muhammad Arif. Sejak Muhammad Basiyuni dilahirkan ayahnya telah ada firasat berdasarkan tanda-tanda, bahawa anak yang dilahirkan itulah yang akan meneruskan riwayat datuk neneknya yang menjadi ulama dalam kerajaan Sambas. Oleh hal yang demikian itulah kedua adik beradik tersebut tidak melalaikan diri memberi pendidikan khusus tentang ilmu-ilmu Islam selama sepuluh tahun kepada Muhammad Basiyuni.

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran melanjutkan pendidikan di Mekah tahun 1320 H/1902 M hingga tahun 1325 H/akhir tahun 1907 M. Ramai gurunya di Mekah di antaranya termasuk Syeikh Ahmad Khathib al-Minankabawi dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bererti Syeikh Muhammad Basiyuni Imran sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar lima tahun saja. Keberangkatan beliau belajar di Mesir adalah setelah kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani, 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M, riwayat ini hampir sama dengan kisah Tok Kenali pulang ke Kelantan dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli pulang ke Minangkabau dalam tahun yang sama. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran masuk Universiti Al-Azhar, Mesir agak kemudian dari Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi dan Syeikh Muhammad Nur al-Fathani. Hanya dua tahun saja Syeikh Muhammad Basiyuni Imran belajar di Universiti Al-Azhar, iaitu dari 1327 H/1909 M hingga 1329 H/1911 M. Setelah itu selama setahun, 1330 H/1912 M, melanjutkan pelajaran di Madrasah Darud Da’wah wal Irsyad, iaitu pendidikan yang diasaskan oleh Saiyid Muhammad Rasyid Ridha.

Setakat ini karya Syeikh Muhammad Basiyuni Imran yang ada dalam simpanan saya hanya sembilan judul. Sungguhpun demikian belum dijumpai karya ulama yang berasal dari Sambas lebih banyak daripada karya beliau. Jadi bererti Syeikh Muhammad Basiyuni Imran adalah ulama Sambas yang terbanyak menghasilkan karangan. Senarai karya Syeikh Muhammad Basiyuni Imran ialah:

1. Bidayatut Tauhid fi ‘Ilmit Tauhid, diselesaikan di Sambas, hari Rabu, 13 Jamadil Akhir 1336 H/27 Mac 1918 M. Membicarakan akidah merupakan petikan dari kitab Al-Jawahir al-Kalamiyah oleh al-’Allamah asy-Syeikh Thahir al-Jazairi, kitab Kalimah at-Tauhid oleh al-’Allamah asy-Syeikh Husein Wali al-Mashri dan kitab Kifayah al-’Awam. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura, awal Muharam 1344 H.

2. Cahaya Suluh Pada Menyatakan Jumaat Kurang Daripada Empat Puluh, diselesaikan di rumah penulisnya, Kampung Dagang Hulu Sambas, maghrib, malam jumaat, 2 Safar 1339 H/14 Oktober 1920 M. Kandungan membicarakan pertikaian pendapat (khilafiyah) tentang syarat-syarat mendirikan sembahyang jumaat. Membahas tentang mengulang sembahyang Zuhur sesudah sembahyang jumaat (sembahyang mu’adah), dll. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ikhwan, 74 Arab Street, Singapura, 1340 H.

3. Tazkir Sabilin Najah fi Tarkis Shalah, judul dalam bahasa Melayu oleh pengarangnya ialah Jalan Kelepasan Pada Mengingati Orang Yang Meninggalkan Sembahyang, diselesaikan di Sambas, hari rabu, 9 Rabiulakhir 1349 H/3 September 1930 M. Setelah tamat pada bahagian akhir ditambah pula terjemahan tulisan Saiyid Muhammad Rasyid Ridha yang terdapat dalam Al-Manar, juzuk yang pertama daripada majalah 31. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura.

4. Khulashatus Siratil Muhammadiyah disebut dengan judul yang lain Haqiqat Seruan Islam, diselesaikan 20 Jamadilakhir 1349 H/11November 1930 M. Terjemahan karya Saiyid Muhammad Rasyid Ridha tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w., cetakan yang pertama, Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1351 H/1932 M.

5. Husnul Jawab ‘an Itsbatil Ahillati bil Hisab diselesaikan pada 6 Ramadan 1352 H/23 Disember 1933 M. Membicarakan hisab anak bulan untuk melakukan puasa dan hari raya. Dicetak oleh Maktabah az-Zainiyah, Penang, 1938. Diberi Kata Pengantar oleh Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi.

6. Irsyadul Ghilman ila Adabi Tilawatil Quran diselesaikan hari Ahad, 5 Syawal 1352 H/21 Januari 1934 M. Membicarakan persekitaran pembacaan al-Quran. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 15 Zulhijjah 1352 H/31 Mac 1934 M.

7. Durusut Tauhid As-Saiyid Muhammad Rasyid, diselesaikan pagi jumaat, 20 Rejab 1354 H/18 Oktober 1935 M. Membicarakan ilmu akidah merupakan terjemahan dari karangan gurunya Saiyid Muhammad Rasyid Ridha. Pada mukadimah, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran menceritakan riwayat ringkasnya. Bahawa antara tahun 1329 H/1911 M – 1330 H/1912 M, beliau belajar di Madrasah Darud Da’wah wal Irsyad yang didirikan oleh Saiyid Muhammad Rasyid Ridha. Beliau telah belajar langsung kepada ulama tokoh tajdid itu. Salah satu sebab menterjemah karya gurunya itu setelah dapat berita gurunya meninggal dunia. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

8. Nurus Siraj fi Qishshatil Isra’ wal Mi’raj, diselesaikan sesudah sembahyang jumaat, 23 Jamadilakhir 1357 H/19 Ogos 1938 M. Membicarakan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 101 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

9. Khutbah Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha Dan Gerhana. Membicarakan Khutbah Jumaat dan kedua-dua hari raya semuanya ditulis dalam bahasa Arab dan khutbah gerhana ditulis dalam bahasa Melayu. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

Pandangan

Mukadimah artikel ini dimulai dengan kenyataan Islam dikatakan mundur atau terkebelakang daripada umat lainnya, demikianlah yang dipercakapkan oleh ramai orang Islam sendiri hingga sekarang. Saya mempunyai pandangan sebaliknya bahawa umat Islam adalah maju daripada umat lainnya.

Yang saya maksudkan ialah bahawa seseorang yang ditakdirkan lahir dalam Islam bererti sudah kurniaan Allah yang paling besar dan berharga. Setelah dipeliharanya Islam dan beriman ia dapat menilai dan memilih kemajuan mana yang diredai Allah atau dikutuk, bererti ia akan lebih maju lagi. Kemajuan tidak dapat diukur dengan teknologi saja. Seseorang peribadi atau sesuatu bangsa yang dikatakan maju membuat senjata pembunuh sesama manusia dan perosak seluruh alam bererti biadab dan mundur ke belakang kerana kembali ke zaman primitif.

Oleh itu ditinjau dari segi moral, umat Islam adalah jauh maju ke hadapan dalam semua zaman dulu, kini dan akan datang. Orang Islam yang mundur hanyalah penyokong-penyokong kebiadaban yang dilakukan oleh manusia-manusia biadab.

Sumber:

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah (http://ulama-nusantara.blogspot.com)

Muhammad Jabir As-Sambasi Khatib Sidana Kerajaan Sambas

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DALAM kerajaan Melayu yang sedemikian banyak di dunia Melayu, hanya di kerajaan Sambas di Kalimantan petugas-petugas penting kerajaan yang menangani Islam digelar ‘Maharaja Imam’, ‘Imam Maharaja’, ‘Imam’, ‘Khatib Sidana’ dan ‘Khatib’. Di antara istilah-istilah itu ada yang telah wujud sejak tahun 1186 H/1772 M.

Jawatan Maharaja Imam Sambas berakhir pada tahun 1976 iaitu setelah wafat Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Ulama ini adalah anak saudara ulama yang diriwayatkan dalam artikel ini.

Diriwayatkan Imam Kerajaan Sambas yang pertama bernama Haji Mushthafa Nuruddin yang dilantik oleh Sultan Muhammad Ali Shafiyuddin (Pertama) pada tahun 1186 H/1772 M. Kira-kira 100 tahun kemudian, tepatnya pada 1289 H/1872 M barulah istilah ‘Maharaja Imam’ digunakan.

Maharaja Imam Kerajaan Sambas yang pertama ialah Maharaja Al-Imam Asy-Syeikh Muhammad Arif bin Nuruddin as-Sambasi yang dilantik oleh Sultan Muhammad Ali Shafiyuddin (Kedua). Sebelum itu, pada 1238 H/1823 M, beliau hanya digelar ‘Imam’. Disebabkan umurnya telah lanjut, beliau menyandang pangkat Maharaja Imam hanya setahun. Pada tahun 1290 H/1873 M, dilantik anak beliau bernama Syeikh Muhammad Imran bin Muhammad Arif as-Sambasi menggantikannya menjadi Maharaja Imam.

Terakhir sekali dilantik pula cucu Maharaja Imam yang pertama pada 1331 H/1913 M iaitu ialah Syeikh Muhammad Basiyuni Imran bin Maharaja Asy-Syeikh Muhammad Imran.

Serentak dengan perlantikan Syeikh Muhammad Arif bin Nuruddin as-Sambasi sebagai Maharaja Imam Sambas yang pertama pada tahun 1289 H/1872 M, pada waktu itulah dirasmikan pembangunan Masjid Jamik Sultan Sambas di persekitaran Istana Sultan Sambas di tepi sungai. Beberapa tahun selanjutnya dirangka pula pusat pendidikan Islam yang dinamakan ‘Madrasah as-Sulthaniyah’ yang terletak di sebelah kiri istana pimpinan pendidikan tersebut yang diketuai Haji Ahmad Fauzi bin Syeikh Muhammad Imran.

Beliau ini adalah adik-beradik Syeikh Muhammad Basiyuni Imran yang ketika perlantikan itu sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Madrasah as-Sulthaniyah dibina bertujuan memberi pendidikan Islam secara mendalam sebagai pengkaderan golongan kerabat sultan, Maharaja Imam dan jalur-jalur yang berada di bawahnya. Sejarah susunan pentadbiran pengurusan Islam dalam kerajaan Sambas banyak dapat kita ketahui boleh dikatakan dalam masa hidup beliau. Kebanyakan kedudukan penting dipegang oleh keluarga beliau.

Ulama Sambas yang diriwayatkan ini nama lengkapnya ialah Khathib Haji Muhammad Jabir bin Haji Muhammad ‘Arif Maharaja Imam bin Imam Nuruddin bin Imam Mushthafa as-Sambasi. Susunan nama ini dipetik daripada buku Cahaya Suluh Pada Menyatakan Jumaat Kurang Daripada Empat Puluh oleh Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran, cetakan Mathba’ah Al-Ikhwan, Singapura, 1340 H.

Kekeluargaan

Lebih kurang 200 tahun lamanya jabatan tertinggi dan yang penting tentang Islam di Kerajaan Sambas dipegang oleh datuk nenek ulama ini hingga ke zaman beliau. Menjelang detik-detik akhir sebelum kemerdekaan Indonesia dan hapusnya Kerajaan Sambas, susunan pentadbiran Islam adalah ditangani oleh seorang ‘Maharaja Imam’ yang dilantik Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Beliau ini mendapat dua aliran pendidikan iaitu dalam pengajian Mekah dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Yang berpangkat ‘Maharaja Imam’ hanya seorang dan di atasnya ialah Sultan Sambas sendiri. Di bawah ‘Maharaja Imam’ dilantik pula orang yang dinamakan ‘Imam Maharaja’ yang terdiri daripada beberapa orang. Semuanya dalam lingkungan terdekat keluarga ini.

Yang berpangkat Imam Maharaja ialah Haji Abdur Rahman Hamid. Beliau ini merupakan saudara sepupu dan ipar Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran.

Haji Muhammad Jabir (ulama yang diriwayatkan ini) juga berpangkat Imam Maharaja sekali gus sebagai Imam Besar. Beliau ini adalah ayah saudara Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Keluarga rapat mereka pula ialah Haji Muhammad Mursal, Haji Muhammad, Haji Murtadha dan Haji Muhammad Shiddiq. Semua mereka memegang jabatan Khatib Sidana dan Khatib. Selain memegang jabatan tinggi dan penting dalam Kerajaan Sambas, keturunan mereka memainkan peranan dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

Bahkan setelah Indonesia merdeka, keluarga ini masih mendapat tempat dalam masyarakat sama ada di Sambas sendiri mahupun hingga di Jakarta.

Saya sempat bergaul rapat dengan beberapa orang keturunan keluarga ini. Antara mereka yang banyak memberikan bahan untuk penulisan ini ialah Muhammad Hifni Imran, pejuang kemerdekaan Indonesia. Beliau ini adalah adik Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Haji Hamdi Mursal, pejuang kemerdekaan dan tokoh korporat Melayu-Islam yang berjaya di Kalimantan Barat adalah anak Imam Haji Mursal dan menantu Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran dan masih ramai lagi.

Mengenai asal usul kerajaan Sambas, ia sudah diketahui oleh para sejarawan, tetapi saya belum menemui sesuatu tulisan tentang asal usul keluarga ulama yang dibicarakan ini. Tidak diketahui dari negeri mana mereka berasal.

Apakah mereka juga berasal dari Brunei ataupun dari Banjar, ataupun dari Patani atau dari tempat-tempat lain. Walau bagaimanapun, pada tahun 1970, ketika saya menaiki sampan menyelusuri Sungai Sambas selama berjam-jam, seorang yang telah tua menceritakan kepada saya tentang ‘Keramat Lumbang’ (sebuah tempat yang terkenal di Sambas).

Riwayat

Menurut beliau, nama sebenar Keramat Lumbang itu ialah Syeikh Abdul Jalil al-Fathani. Apabila saya mendengar riwayat tersebut saya langsung teringat bahawa ada orang meriwayatkan bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah pergi ke Sambas. Kisah ini juga ditulis oleh Prof. Dr. Abdul Jalil Hassan dalam salah satu keluaran Warta Jabatan Agama Johor.

Menurut beliau, ketika Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berada di Sambas, dia tinggal di rumah Sultan Muhammad Shafiyuddin di Kampung Parit Dalam Sambas dan sempat menyelesaikan kitab Dhiya’ al-Murid.

Saya cuba menjejaki keluarga ulama Sambas, dalam hal ini yang dinamakan keluarga ‘Imran Sambas, seperti yang tersebut di atas yang berkemungkinan ada hubung kait dengan ulama Patani itu. Setakat ini ia masih belum tahkik.

Pada satu hari Jumaat, dalam Masjid Jamik Sultan Sambas, saya sempat mewawancara Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Pada hari itulah setelah sembahyang Jumaat beliau mengajak orang bersembahyang ghaib. Kata beliau, “Marilah kita menghadiahkan sembahyang ghaib untuk Imam Pemangkat Tuan Haji Hasan al-Fathani. Kerana dengan meninggal dunia Tuan Imam Haji Hasan al-Fathani bererti habislah ulama Pemangkat.”

Daripada kalimat ini dapat diambil kesimpulan bahawa hingga tahun 1970, masih terdapat ulama di Sambas yang pada akhir namanya memakai istilah ‘al-Fathani’. Daripada cerita ini, saya berfikir kemungkinan keluarga ulama Sambas yang diriwayatkan ini ada kaitan dengan ulama-ulama Patani, namun dari sudut sistem salasilah susur galurnya masih gagal ditemui.

Dari segi warna kulit dan perwatakan, banyak persamaan antara keluarga ulama Sambas dengan keluarga ulama Patani yang berasal dari Kerisik, Patani.

Pendidikan awal dan asas Muhammad Jabir dipercayai daripada ayahnya sendiri, Maharaja Imam Haji Muhammad Arif. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Mekah bersama beberapa orang dalam keluarga ini termasuk beberapa orang Sambas lainnya. Antara guru mereka di Mekah ialah Syeikh Abu Bakri Syatha, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Ahmad al-Fathani.

Muhammad Jabir dan kawan-kawannya yang berasal dari Sambas hanya mendapat pendidikan akhir di Mekah. Setelah semua mereka pulang ke Sambas, Muhammad Basiyuni Imran memperoleh kedudukan yang lebih tinggi walaupun beliau adalah anak saudara dan murid kepada Muhammad Jabir. Ada banyak faktor yang menyebabkan itu berlaku.

Kecerdasan

Ditinjau dari aspek pendidikan ketika itu, hanya Muhammad Basiyuni Imran seorang yang memperoleh dua sistem pendidikan, pendidikan di Mekah dan pendidikan di Mesir. Ditinjau dari kecerdasan berfikir dan tangkas bergerak, Muhammad Basiyuni Imran menurut riwayat memang agak lebih daripada yang lainnya.

Sungguhpun Khatib Haji Muhammad Jabir dan yang lain-lain masih tetap berpegang menurut aliran tradisional (Kaum Tua) sedangkan anak saudara dan murid beliau Syeikh Muhammad Basiyuni Imran adalah murid Saiyid Rasyid Ridha serta dianggap seorang ‘Kaum Muda’, namun di Sambas tidak pernah terjadi ketegangan debat ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ seperti yang terjadi di Minangkabau dan tempat-tempat lain.

Menurut riwayat, sungguhpun Syeikh Muhammad Basiyuni Imran mempunyai kedudukan yang paling tinggi dengan pangkat Maharaja Imam Sambas, namun beliau sangat hormat dan menjaga supaya ayah saudaranya, Imam Haji Muhammad Jabir, tidak tersinggung atau kecil hati atas semua tindakan yang dijalankannya.

Selain itu, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran juga sedar bahawa pengetahuan tradisional telah diperoleh lebih awal daripada pendidikan ‘tajdid’ atau pembaharuan. Sungguhpun Syeikh Muhammad Basiyuni Imran seperti Syeikh Tahir Jalauddin mendapat pendidikan di Mesir, tetapi cara bergerak dan berfikir Syeikh Tahir Jalaluddin menyebarkan pembaharuan tidak ditiru oleh Syeikh Muhammad Basiyuni Imran.

Nampaknya cara bijak yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani lebih diminati oleh beliau. Sungguhpun demikian Syeikh Muhammad Basiyuni Imran ada pula caranya tersendiri. Kebijaksanaannya tidak lepas daripada pengamatan ayah saudara beliau Imam Haji Muhammad Jabir.

Beliau juga sangat berhati-hati supaya anak saudara beliau itu tetap ada keserasian dengan beliau. Jadi kedua-duanya sangat menjaga tidak memulakan sesuatu persoalan mengakibatkan pihak lain jadi tersinggung. Bertemulah dua orang ulama yang bijak menghadapi pelbagai isu antara ayah saudara dengan anak saudara, walaupun dari satu segi ada kesefahaman, dari segi yang lain ada yang tidak disepakati. Akhirnya bertemu pada satu titik kedamaian bukan sebaliknya pada titik perdebatan atau pertengkaran atau perkelahian.

Pada pandangan saya, cara itu ‘sungguh bijak’ dan ‘berakhlak mulia’. Ia sangat patut kita contohi dalam kita menghadapi kepelbagaian aliran pemikiran seperti pada zaman sekarang.

Setakat ini hanya sebuah karya Khathib Haji Muhammad Jabir yang diberi judul Risalah al-Hajji ditemui. Penulisannya selesai pada 12 Rabiulawal 1331 H. Beliau menggunakan nama Khathib Muhammad Jabir bin al-Marhum al-Imam asy-Syeikh Muhammad Arif Sambas dalam karya itu.

Dalam kalimat akhir risalah, beliau berkata: “Telah katamlah ini risalah yang kecil bicara haji dan umrah dan ziarah dengan ringkas (pendek) supaya mudah menurut sebagaimana aturan yang kebanyakan dikerjakan oleh saudara-saudara Islam sebelah tanah Jawi dari mulai ia turun dari rumah ....”

Risalah haji karya ulama Sambas tersebut yang ada pada saya ialah cetakan yang kedua, dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, No. 50 Minto Road, Singapura pada 14 Syawal 1343 H bersamaan 7 Mei 1925 M.

Basyuni Imran Maharaja Imam Sambas

1. Riwayat Hidup

Syekh Muhammad Basyuni bin Muhammad Imran bin Muhammad Arif bin Imam Nuruddin bin Imam Mushthafa as-Sambasi, lebih dikenal dengan nama Basyuni Imran Maharaja Imam, dilahirkan pada tanggal 23 Zulhijjah 1300 H/25 Oktober 1883 M di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Ia adalah pewaris terakhir gelar Maharaja Imam (gelar tertinggi pejabat urusan agama) di Kesultanan Melayu Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Ia wafat pada tanggal 29 Rajab 1396 H/26 Juli 1976 M.

Sejak kecil, Basyuni Imran belajar ilmu agama Islam (baca al-Qur‘an dan bahasa Arab) kepada ayahnya Muhamamd Imran dan belajar pengetahuan umum di Sekolah Rakyat (volksschool) di tanah kelahirannya. Ia kemudian melanjutkan pendidikannya di Mekah dari tahun 1320 H/1902 M hingga tahun 1325 H/akhir tahun 1907 M. Di Mekah, ia belajar nahwu (tata bahasa Arab) dan fiqh (islamic jurisprudence) kepada beberapa guru Melayu, seperti Umar al-Sumbawi, Usman al-Funtiani, Syeikh Ahmad Khathib al-Minankabawi, dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Selain itu, ia juga belajar usul al-fiqh, hadis, tafsir dan tauhid kepada Ulama Arab, ‘Syekh Ali al-Maliki‘. Ia kemudian melanjutkan studinya di Universitas Al-Azhar, Kairo, Mesir, selama dua tahun (dari 1327 H/1909 M hingga 1329 H/1911 M). Setahun kemudian (1330 H/1912 M), ia pindah ke Madrasah Darud Da‘wah wal Irsyad, balai pendidikan yang didirikan oleh Syekh Muhammad Rasyid Ridha, di Kairo, Mesir.

Pada tahun 1913, Basyuni Imran dipanggil keluarganya pulang ke Sambas, Kalimantan Barat, karena ayahnya menderita sakit keras. Selang beberapa bulan kemudian, ia dinobatkan sebagai penyandang gelar Maharaja Imam menggantikan ayahnya, Muhammad Imran, yang bertugas menangani urusan agama sekaligus menjadi qadi dan mufti Kesultanan Sambas. Selain menjalankan fungsinya sebagai qadi dan mufti, ia juga aktif mengajar pada beberapa madrasah di kampungnya. Di samping itu, ia juga mengadakan ceramah umum seminggu sekali di masjid Kesultanan Melayu Sambas dengan menggunakan artikel tafsir dan tauhid karya Rasyid Ridha sebagai rujukan utamanya. Tahun 1916, ia mendirikan madrasah modern ‘Madrasah Sultaniyyah‘ yang dibiayai sepenuhnya oleh Sultan Sambas. Madrasah ini tampak berbeda dengan kebanyakan madrasah di Indonesia saat itu, karena pengaja­rannya menggunakan bahasa Arab dan semua mata pelajarannya tentang agama. Selain itu, ia juga pernah terlibat aktif dalam kepengurusan Masyumi, namun kiprahnya di partai tersebut tidak dikenal secara luas.

2. Pemikiran

Selama bertugas menjadi qadi dan mufti, serta aktif mengajar di madrasah Sultaniyyah, Basyuni Imran tidak pernah memiliki kesempatan untuk kembali lagi ke Mesir. Namun, kenyataan ini tidak menyurutkan tekadnya untuk terus mengikuti perkembangan pemikiran dari jurnal Al-Manar (jurnal yang dikenalnya ketika belajar di Mesir). Bahkan, ia tetap berkorespondensi dengan Rasyid Ridha (salah satu editor Al-Manar) untuk bertanya tentang berbagai macam wacana. Salah satu pertanyaannya kepada jurnal tersebut adalah mengapa umat Islam terbelakang sementara umat lain maju? Pertanyaan ini langsung dijawab oleh Syakib Arsalan dalam bukunya “Li-madza Ta‘akhkhara al-Muslimun wa Li-madza Taqaddama Ghaeruhum”, yang diterbitkan di Mesir beberapa bulan setelah itu. Terlihat di sini bahwa pemikiran kritis dan reformis Basyuni mulai tumbuh karena pengaruh tulisan-tulisan Rasyid Ridha yang banyak dibacanya.

Selain itu, Basyuni juga telah menterjemahkan dua karya Rasyid Ridha ke dalam bahasa Melayu, menulis tujuh buku berbahasa Melayu, dan dua buku berbahasa Arab. Buku-bukunya merupakan karya sederhana, tetapi semuanya merefleksikan sikap reformisnya. Misalnya, pada pendahuluan bukunya yang berjudul “Nur al-Siraj fi Qissa al-Isra‘ wa al-Mi‘raj, ia mengemukakan bahwa penulisan buku ini bertujuan untuk mengevaluasi ceramah-ceramah yang disampaikan pada acara peringatan Isra dan Mi‘raj yang telah berlaku di kampungnya. Ia mengusulkan agar cerita-cerita yang disampaikan pada acara tersebut didasarkan pada hadis sahih. Dalam karya lain “Al-nusus wa al-Barahin”, ia bicara tentang topik-topik yang berkaitan dengan isu-isu lokal. Karya tersebut menceritakan adanya beberapa masjid di Sambas yang tidak digunakan untuk salat jum‘at karena jama‘ahnya kurang dari empat puluh orang (syarat minimal sahnya salat jum‘at menurut madzhab Imam Syafi‘i). Sementara, menurut Basyuni, yang mendasarkan pandangannya pada hadis dan fiqh kontemporer, masjid-masjid tersebut hendaknya tetap dipergunakan salat jum‘at meskipun jama‘ahnya kurang dari empat puluh orang. Sebab, lanjutnya, salat jum‘at tetap dianggap sah meskipun hanya diikuti oleh sedikit orang.

Kedua karya di atas, menunjukkan bahwa pemikiran Basyuni tergolong dalam pemikiran pembaharu Islam. Sebab, ia tampak serius memikirkan dan menyikapi fenomena kehidupan masyakarat Islam di sekitar Sambas, agar mereka terbebas dari belenggu sistem yang stagnan menuju kemajuan (modern) dengan tetap berpegang pada nilai-nilai Islam hakiki. Jalan yang ditempuh untuk membebaskan dan memajukan masyarakatnya tergolong akomodatif dan terkadang radikal. Namun demikian, munculnya pemikiran dan pembaharuan seperti yang dilakukannya adalah bentuk riil dari hasil interaksi intensif antara pengetahuan Islam yang dimiliki dan persoalan kemasyarakatan yang dihadapi.

Pemikiran pembaharuan Basyuni tersebut, tentunya tidak terlepas dari pengaruh gerakan-gerakan pembaruan pemikiran keagamaan yang tumbuh dan berkembang di Timur Tengah yang muncul di awal abad 19. Di samping itu, ketika belajar di Kairo, Mesir, ia pernah berinteraksi langsung dengan salah satu tokoh pembaharu Islam, Rasyid Ridha, dan terus berkorespondensi selama ia tinggal di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Tampak di sini bahwa pembaharuan yang diusungnya tersebut bertujuan untuk menyegarkan kembali pemahaman ajaran Islam yang dipandang tidak relevan lagi dengan semangat modernitas. Hal ini dapat dilihat dari gerakan-gerakan pembaharuannya yang berkisar pada beberapa tema penting keagamaan, baik dalam lapangan akidah (tauhid/ilmu kalam) maupun dalam lapangan ibadah (fiqh).

Kini, sayangnya, gerakan pembaharuan yang telah dilakukan Basyuni tidak ada yang meneruskannya, karena tak seorang pun dari muridnya yang dapat menggali pemikirannya secara utuh, sehingga Sambas kembali menjadi wilayah yang jauh dari gerakan pemikiran Islam.

3. Karya

Sebagai seorang ulama, Basyuni Imran telah melahirkan beberapa karya, di antaranya:
Bidayatut Tauhid fi ‘Ilmit Tauhid, kutipan dari buku Al-Jawahir al-Kalamiyah karya Syeikh Thahir al-Jazairi, Kalimah at-Tauhid karya Syeikh Husein Wali al-Mashri, dan Kifayah al-‘Awam. Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, 1344 H.
Cahaya Suluh Pada Menyatakan Juma‘at Kurang Daripada Empat Puluh. Singapura: Mathba‘ah Al-Ikhwan, 1340 H.
Tazkir Sabilin Najah fi Tarkis Shalah (Jalan Kelepasan Pada Mengingati Orang Yang Meninggalkan Sembahyang). Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, 1349 H.
Khulashatus Siratil Muhammadiyah (Haqiqat Seruan Islam). Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, 1351 H/1932 M.
Husnul Jawab ‘an Itsbatil Ahillati bil Hisab. Diberi Kata Pengantar oleh Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi. Penang, Malaysia: Maktabah az-Zainiyah, 1938.
Irsyadul Ghilman ila Adabi Tilawatil Quran. Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, 1352 H/1934 M.
Durusut Tauhid As-Saiyid Muhammad Rasyid. Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, tanpa tahun.
Nurus Siraj fi Qishshatil Isra‘ wal Mi‘raj. Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, tanpa tahun.
Kumpulan Khutbah Juma‘at, Hari Raya Idul Fitri, Hari Raya Idul Adha, dan Gerhana. Singapura: Mathba‘ah Al-Ahmadiah, tanpa tahun.

4. Penghargaan

Sebagai ulama besar, Basyuni Imran mendapat gelar kehormatan ‘Maharaja Imam‘ dari Kesultanan Melayu Sambas pada tahun 1913.

Sumber :

http://let.uu.nl

www.nla.gov

http://ulama-nusantara.blogspot.com

Ditulis dalam Jejak Ulama

asiyuni Imran Maharaja Imam Sambas

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

INDAH nian, sekiranya kira merenung dan menghayati liku-liku sejarah keperibadian ulama. Yang lalu belum tamat, disambung pula dengan ulama Sambas, Kalimantan, Indonesia dalam artikel ini. Pada 1963, ketika saya mengembara di Jawa, saya membeli buku berjudul, Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Mengapa Kaum Selain Mereka Maju yang diterjemah oleh K. H. Munawar Chalil daripada karya Amir Syakib Arsalan. Sejak itu nama Syeikh Muhammad Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas mulai terpahat pada ingatan saya.

Betapa tidak, kerana buku itu disusun adalah sebagai jawapan daripada pertanyaan ulama Sambas itu yang ditujukan kepada gurunya Saiyid Rasyid Ridha. Judul asli dalam bahasa Arab Limaza Taakhkharal Muslimun, wa limaza Taqaddama Ghairuhum? Tiga tahun kemudian, tepatnya pada 1966, di Kepulauan Riau saya mulai bergaul dengan adik ulama itu iaitu Pak Hifni Imran, salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia.

Beliau pula memiliki banyak ilmu hikmat untuk berdepan dengan musuh. Pada 1968 - 1969 sebelum saya bertemu dengan Syeikh Muhammad Basiyuni Imran saya telah menemui dua orang adik beliau ialah Haji Maaz Imran, seorang ulama, dan adiknya yang bongsu Haji Muhammad Zuhdi Imran, juga ulama, ketika itu sebagai Kepala Kantor Jabatan Agama Kabupaten Sambas, Kalimantan, Indonesia. Haji Muhammad Zuhdi Imran adalah seorang yang fasih berbahasa Arab, ahli pidato dan luas pergaulan.

Sewaktu beliau melantik Penghulu-Penghulu Nikah di Kecamatan Tebas, bertempat di Kampung Tekarang, ketika itu saya sempat tidur sekatil (satu tempat tidur) dengan beliau. Setelah menyebut nama adik-beradik beliau yang sempat saya wawancara, maka sebelum membicarakan hal-hal yang lain di sini saya sebut nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Basiyuni Maharaja Imam bin Syeikh Muhammad Imran Maharaja Imam bin Syeikh Muhammad Arif Maharaja Imam bin Imam Nuruddin bin Imam Mushthafa as-Sambasi. Lahir di Sambas, Kalimantan, Indonesia pada 23 Zulhijjah 1300 H/25 Oktober 1883 M. Tarikh wafat 29 Rejab 1396 H/26 Julai 1976 M.

Pada satu hari Jumaat, tahun 1970, saya berdua dengan Pak Abdul Ghani, waktu Dhuha, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran seorang dirinya saja, rupanya ulama besar Sambas tersebut telah berada dalam Masjid Jamik Sultan Sambas. Ketika itu beliau duduk mentelaah kitab. Kami berdua terpaku, kagum, sukar menjelaskannya dalam artikel ini. Sungguh hebat dan berwibawa caranya duduk, caranya berpakaian, semuanya menarik.

Ketika itu umur beliau hampir 90 tahun, namun wajahnya berseri-seri apatah lagi kulit beliau putih kekuningan langsat menghiasi susuk tubuh yang berjubah putih, kepala dililit dengan serban, semuanya dengan rapi dan bersih. Melihat kami datang beliaulah yang terlebih dahulu mengucapkan salam. Setelah berkenalan sejenak kami berdua mohon beliau membaca kitab yang ada di tangannya, kerana kami ingin mengambil berkat. Walau pun yang mendengar hanya kami berdua beliau tidak keberatan memenuhi permintaan kami.

Lafaz Arabnya beliau baca, langsung diterjemah dan ditafsirkannya ke bahasa Melayu Sambas. Menjelang Jumaat orang bertambah ramai sehingga azan barulah beliau berhenti membaca kitab. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran juga menjadi imam Jumaat pada hari itu, bertambahlah kagum saya terhadap ulama Sambas tersebut, kerana bukan parasnya saja yang cantik, rupanya suara dan bacaannya sangat merdu dan sedap didengar telinga. Tidak dapat saya bayangkan, kerana hingga saya menulis artikel ini apabila saya teringat peristiwa yang bersejarah ini masih terkesan dan tercari-cari bunyi bacaan yang demikian itu. Padahal saya pernah menjadi makmum sembahyang Jumaat mengikut Syeikh Muhammad Basiyuni Imran hanya dua kali. Yang sekali lagi di Masjid Gang Wan Sagaf Pontianak.

Baik pertemuan yang pertama di Sambas mahu pun yang kedua di Pontianak bagi saya memang ada kesan yang tersendiri. Yang saya ceritakan ini adalah yang sebenarnya bukan atas ketaksuban. Haji Agus Salim, Buya Hamka dan Prof. Dr. Kahar Muzakkir, ketiga-tiganya orang-orang yang hebat belaka, mereka mengakui ketinggian ilmu yang dimiliki oleh ulama Sambas tersebut. (Lihat Riwayat Hidup dan Perjuangan Maharaja Imam Sambas, oleh Machrus Effendy, P.T Dian Kemilau, Jakarta, 1995, hlm. 16.)

Pendidikan

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran mendapat pendidikan awal dan asas selama 10 tahun dari ayahnya sendiri, Maharaja Imam Muhammad Imran dan ayah saudaranya Khathib Muhammad Jabir. Ayah dan ayah saudaranya itu adalah anak ulama besar Maharaja Imam Sambas yang pertama, ialah Haji Muhammad Arif. Sejak Muhammad Basiyuni dilahirkan ayahnya telah ada firasat berdasarkan tanda-tanda, bahawa anak yang dilahirkan itulah yang akan meneruskan riwayat datuk neneknya yang menjadi ulama dalam kerajaan Sambas. Oleh hal yang demikian itulah kedua adik beradik tersebut tidak melalaikan diri memberi pendidikan khusus tentang ilmu-ilmu Islam selama sepuluh tahun kepada Muhammad Basiyuni.

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran melanjutkan pendidikan di Mekah tahun 1320 H/1902 M hingga tahun 1325 H/akhir tahun 1907 M. Ramai gurunya di Mekah di antaranya termasuk Syeikh Ahmad Khathib al-Minankabawi dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bererti Syeikh Muhammad Basiyuni Imran sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar lima tahun saja. Keberangkatan beliau belajar di Mesir adalah setelah kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani, 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M, riwayat ini hampir sama dengan kisah Tok Kenali pulang ke Kelantan dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli pulang ke Minangkabau dalam tahun yang sama. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran masuk Universiti Al-Azhar, Mesir agak kemudian dari Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi dan Syeikh Muhammad Nur al-Fathani. Hanya dua tahun saja Syeikh Muhammad Basiyuni Imran belajar di Universiti Al-Azhar, iaitu dari 1327 H/1909 M hingga 1329 H/1911 M. Setelah itu selama setahun, 1330 H/1912 M, melanjutkan pelajaran di Madrasah Darud Da'wah wal Irsyad, iaitu pendidikan yang diasaskan oleh Saiyid Muhammad Rasyid Ridha.

Setakat ini karya Syeikh Muhammad Basiyuni Imran yang ada dalam simpanan saya hanya sembilan judul. Sungguhpun demikian belum dijumpai karya ulama yang berasal dari Sambas lebih banyak daripada karya beliau. Jadi bererti Syeikh Muhammad Basiyuni Imran adalah ulama Sambas yang terbanyak menghasilkan karangan. Senarai karya Syeikh Muhammad Basiyuni Imran ialah:

1. Bidayatut Tauhid fi 'Ilmit Tauhid, diselesaikan di Sambas, hari Rabu, 13 Jamadil Akhir 1336 H/27 Mac 1918 M. Membicarakan akidah merupakan petikan dari kitab Al-Jawahir al-Kalamiyah oleh al-'Allamah asy-Syeikh Thahir al-Jazairi, kitab Kalimah at-Tauhid oleh al-'Allamah asy-Syeikh Husein Wali al-Mashri dan kitab Kifayah al-'Awam. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura, awal Muharam 1344 H.

2. Cahaya Suluh Pada Menyatakan Jumaat Kurang Daripada Empat Puluh, diselesaikan di rumah penulisnya, Kampung Dagang Hulu Sambas, maghrib, malam jumaat, 2 Safar 1339 H/14 Oktober 1920 M. Kandungan membicarakan pertikaian pendapat (khilafiyah) tentang syarat-syarat mendirikan sembahyang jumaat. Membahas tentang mengulang sembahyang Zuhur sesudah sembahyang jumaat (sembahyang mu'adah), dll. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ikhwan, 74 Arab Street, Singapura, 1340 H.

3. Tazkir Sabilin Najah fi Tarkis Shalah, judul dalam bahasa Melayu oleh pengarangnya ialah Jalan Kelepasan Pada Mengingati Orang Yang Meninggalkan Sembahyang, diselesaikan di Sambas, hari rabu, 9 Rabiulakhir 1349 H/3 September 1930 M. Setelah tamat pada bahagian akhir ditambah pula terjemahan tulisan Saiyid Muhammad Rasyid Ridha yang terdapat dalam Al-Manar, juzuk yang pertama daripada majalah 31. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura.

4. Khulashatus Siratil Muhammadiyah disebut dengan judul yang lain Haqiqat Seruan Islam, diselesaikan 20 Jamadilakhir 1349 H/11November 1930 M. Terjemahan karya Saiyid Muhammad Rasyid Ridha tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w., cetakan yang pertama, Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1351 H/1932 M.

5. Husnul Jawab 'an Itsbatil Ahillati bil Hisab diselesaikan pada 6 Ramadan 1352 H/23 Disember 1933 M. Membicarakan hisab anak bulan untuk melakukan puasa dan hari raya. Dicetak oleh Maktabah az-Zainiyah, Penang, 1938. Diberi Kata Pengantar oleh Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi.

6. Irsyadul Ghilman ila Adabi Tilawatil Quran diselesaikan hari Ahad, 5 Syawal 1352 H/21 Januari 1934 M. Membicarakan persekitaran pembacaan al-Quran. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 15 Zulhijjah 1352 H/31 Mac 1934 M.

7. Durusut Tauhid As-Saiyid Muhammad Rasyid, diselesaikan pagi jumaat, 20 Rejab 1354 H/18 Oktober 1935 M. Membicarakan ilmu akidah merupakan terjemahan dari karangan gurunya Saiyid Muhammad Rasyid Ridha. Pada mukadimah, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran menceritakan riwayat ringkasnya. Bahawa antara tahun 1329 H/1911 M - 1330 H/1912 M, beliau belajar di Madrasah Darud Da'wah wal Irsyad yang didirikan oleh Saiyid Muhammad Rasyid Ridha. Beliau telah belajar langsung kepada ulama tokoh tajdid itu. Salah satu sebab menterjemah karya gurunya itu setelah dapat berita gurunya meninggal dunia. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

8. Nurus Siraj fi Qishshatil Isra' wal Mi'raj, diselesaikan sesudah sembahyang jumaat, 23 Jamadilakhir 1357 H/19 Ogos 1938 M. Membicarakan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 101 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

9. Khutbah Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha Dan Gerhana. Membicarakan Khutbah Jumaat dan kedua-dua hari raya semuanya ditulis dalam bahasa Arab dan khutbah gerhana ditulis dalam bahasa Melayu. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

Pandangan

Mukadimah artikel ini dimulai dengan kenyataan Islam dikatakan mundur atau terkebelakang daripada umat lainnya, demikianlah yang dipercakapkan oleh ramai orang Islam sendiri hingga sekarang. Saya mempunyai pandangan sebaliknya bahawa umat Islam adalah maju daripada umat lainnya.

Yang saya maksudkan ialah bahawa seseorang yang ditakdirkan lahir dalam Islam bererti sudah kurniaan Allah yang paling besar dan berharga. Setelah dipeliharanya Islam dan beriman ia dapat menilai dan memilih kemajuan mana yang diredai Allah atau dikutuk, bererti ia akan lebih maju lagi. Kemajuan tidak dapat diukur dengan teknologi saja. Seseorang peribadi atau sesuatu bangsa yang dikatakan maju membuat senjata pembunuh sesama manusia dan perosak seluruh alam bererti biadab dan mundur ke belakang kerana kembali ke zaman primitif.

Oleh itu ditinjau dari segi moral, umat Islam adalah jauh maju ke hadapan dalam semua zaman dulu, kini dan akan datang. Orang Islam yang mundur hanyalah penyokong-penyokong kebiadaban yang dilakukan oleh manusia-manusia biadab.

Rabu, 14 April 2010

SYEIKH AHMAD KHATIB SAMBAS

SYEIKH AHMAD KHATIB SAMBAS
Guru para Pahlawan Bangsa

Syeikh Ahmad Khatib Sambas adalah seorang ulama yang mendirikan perkumpulan Thariqah Qadiriyah Naqsyabandiyah. Perkumpulan thariqah ini merupakan penyatuan dan pengembangan terhadap metode dua thariqat sufi besar. yakni Qadiriyah dan Naqsyabandiyah.

Ahmad Khatib Sambas dilahirkan di daerah Kampung Dagang, Sambas, Kalimantan Barat, pada bulan shafar 1217 H. bertepatan dengan tahun 1803 M. dari seorang ayah bernama Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad bin Jalaluddin. Ahmad Khatib terlahir dari sebuah keluarga perantau dari Kampung Sange’. Pada masa-masa tersebut, tradisi merantau (nomaden) memang masih menjadi bagian cara hidup masyarakat di Kalimantan Barat.

Sebagai sebuah daerah yang dibangun oleh Raja Tengah, keturunan dari raja Brunei Darussalam, pada tahun 1620 M. dan menobatkan diri sebagai sebuah kerajaan sepuluh tahun kemudian. Maka wilayah Sambas adalah daerah yang telah memiliki ciri-ciri kemusliman khusus sejak Raden Sulaiman yang bergelar Muhammad Tsafiuddin dinobatkan sebagai Sultan Sambas pertama.

Pada waktu itu, rakyat Sambas hidup dari garis agraris dan nelayan. Hingga ditandatanganinya perjanjian antara Sultan Muhammad Ali Tsafiuddin (1815-1828) dengan pemerintahan kolonial Belanda pada tahun 1819 M. Perjanjian ini membentuk sebuah pola baru bagi masyarakat Sambas yakni, perdagangan maritim.

Dalam suasana demikianlah, Ahmad Khatib Sambas menjalani masa-masa kecil dan masa remajanya. Di mana sejak kecil, Ahmad khatib Sambas diasuh oleh pamannya yang terkenal sangat alim dan wara’ di wilayah tersebut. Ahmad khatib Sambas menghabiskan masa remajanya untuk mempelajari ilmu-ilmu agama, ia berguru dari satu guru-ke guru lainnya di wilayah kesultanan Sambas. Salah satu gurunya yang terkenal di wilayah tersebut adalah, H. Nuruddin Musthafa, Imam Masjid Jami’ Kesultanan Sambas.

Karena terlihat keistimewaannya terhadap penguasaan ilmu-ilmu keagamaan, Ahmad Khatib Sambas kemudian dikirim oleh orang tuanya untuk meneruskan pendidikannya ke Timur Tengah, khususnya Mekkah. Maka pada tahun 1820 M. Ahmad Khatib Sambas pun berangkat ke tanah suci untuk menuntaskan dahaga keilmuannya. Dari sini kemudian ia menikah dengan seorang wanita Arab keturunan Melayu dan menetap di Makkah. Sejak saat itu, Ahmad Khatib Sambas memutuskan menetap di Makkah sampai wafat pada tahun 1875 M.

Guru-guru dan Murid
Di antara guru Ahmad Khatib Sambas semasa menuntut ilmu di tanah suci adalah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, seorang Syeikh terkenal yang berdomisili di Makkah, dan Syeikh Abdus Shomad al-Palimbani. Syeikh Abdul hafidzz al-Ajami, Ahmad al-Marzuqi al-Makki al-Maliki.

Sedangkan mengingat masa meninggalnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah Oktober 1812 M. setelah mengabdi di tanah air selama empat puluh tahun, dan Beliau berangkat ke tanah suci pada tahun 1820 M. maka tidak mengherankan jika Beliau pun diduga sebagai salah satu guru Ahmad Khatib Sambas. Dalam hemat penulis, sangat mungkin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah guru Beliau sewaktu belum berangkat ke tanah suci.

Pendapat ini setidaknya mematahkan penolakan bahwa Ahmad Katib Sambas tidaklah mungkin pernah bertemu dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Mengingat tradisi nomaden dan situasi politik era perdagangan maritim yang telah dijelaskan sebelumnya, maka sebenarnya sangat mungkin bagi Ahmad Katib Sambas untuk bertemu dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, terutama bersama dengan bimbingan pamannya yang juga adalah seorang ulama.

Ketika kemudian Ahmad Khatib telah menjadi seorang ulama, ia pun memiliki andil yang sangat besar dalam perkembangan kehidupan keagamaan di Nusantara, meskipun sejak kepergiannya ke tanah suci, ia tidaklah pernah kembali lagi ke tanah air.

Masyarakat Jawa dan Madura, mengetahui disiplin ilmu Syeikh Sambas, demikian para ulama menyebutnya kemudian, melalui ajaran-ajarannya setelah mereka kembali dari Makkah. Syeikh Sambas merupakan ulama yang sangat berpengaruh, dan juga banyak melahirkan ulama-ulama terkemuka dalam bidang fiqh dan tafsir, termasuk Syeikh Nawawi al-Bantani adalah salah seorang di antara murid-murid Beliau yang berhasil menjadi ulama termasyhur.

Salah satunya adalah Syeikh Abdul Karim Banten yang terkenal sebagai Sulthanus Syeikh. Ulama ini terkenal keras dalam imperialisme Belanda pada tahun 1888 dan mengobarkan pemberontakan yang terkenal sebagai pemberontakan Petani Banten. Namun sayang, perjuangan fisiknya ini gagal, kemudian meninggalkan Banten menuju Makkah untuk menggantikan Syeikh Ahmad Khatib Sambas.

Syeikh Ahmad Khatob Sambas dalam mengajarkan disiplin ilmu Islam bekerja sama dengan para Syeikh besar lainnya yang bukan pengikut thariqat seperti Syaikh Tolhah dari Cirebon, dan Syaikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad dari Madura, keduanya pernah menetap di Makkah.

Sebagian besar penulis Eropa membuat catatan salah, ketika mereka menyatakan bahwa sebagian besar Ulama Indonesia bermusuhan dengan pengikut sufi. Hal terpenting yang perlu ditekankan adalah bahwa Syeikh Sambas adalah sebagai seorang Ulama (dalam asti intelektual), yan g juga sebagai seorang sufi (dalam arti pemuka thariqat) serta seorang pemimpin umat yang memiliki banyak sekali murid di Nusantara.

Hal ini dikarenakan perkumpulan Thariqat Qadiriyyah wa Naqsabhandiyyah yang didirikannya, telah menarik perhatian sebagian masyarakat muslim Indonesia, khususnya di wilayah Madura, Banten, dan Cirebon, dan tersebar luas hingga ke Malaysia, Singapura, Thailand, dan Brunei Darussalam.

Peranan dan Karya
Perlawanan yang dilakukan oleh suku Sasak, pengikut Thariqat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Syeikh Guru Bangkol juga merupakan bukti yang melengkapi pemberontakan petani Banten, bahwa perlawanan terhadap pemerintahan Belanda juga dipicu oleh keikutsertaan mereka pada perkumpulan Thariqoh yang didirikan oleh Syeikh Ahmad Khatib Sambas ini.

Thariqat Qadiriyyah wan Naqshabandiyyah mempunyai peranan penting dalam kehidupan muslim Indonesia, terutama dalam membantu membentuk karakter masyarakat Indonesia. Bukan semata karena Syaikh Ahmad Khatib Sambas sebagai pendiri adalah orang dari Nusantara, tetapi bahwa para pengikut kedua Thariqat ini adalah para pejuang yang dengan gigih senantiasa mengobarkan perlawanan terhadap imperialisme Belanda dan terus berjuang melalui gerakan sosial-keagamaan dan institusi pendidikan setelah kemerdekaan.

Ajarah Syeikh Ahmad Khatib Sambas hingga saat ini dapat dikenali dari karya Fathul Arifin yang merupakah notulensi dari ceramah-ceramahnya yang ditulis oleh salah seorang muridnya, Muhammad Ismail bin Abdurrahim. Notulensi ini dibukukan di Makkah pada tanggal tahun 1295 H. kitab ini memuat tentang tata cara, baiat, talqin, dzikir, muqarobah dan silsilah Thariqah Qadiriyyah wan Naqsyabandiyah.

Buku inilah yang hingga saat ini masih dijadikan pegangan oleh para mursyid dan pengikut Thariqah Qadiriyyah wan Naqsyabandiyah untuk melaksanakan prosesi-prosesi peribadahan khusus mereka. Dengan demikian maka tentu saja nama Syeikh Ahmad Khatib Sambas selalu dikenang dan di panjatkan dalam setiap doa dan munajah para pengikut Thariqah ini.

Walaupun Syeikh Ahmad Khatib Sambas termasyhur sebagai seorang tokoh sufi, namun Beliau juga menghasilkan karya dalam bidang ilmu fikih yang berupa manusrkip risalah Jum’at. Naskah tulisan tangan ini dijumpai tahun 1986, bekas koleksi Haji Manshur yang berasal dari Pulau Subi, Kepulauan Riau. Demikian menurut Wan Mohd. Shaghir Abdullah, seorang ulama penulis asal tanah Melayu. Kandungan manuskrip ini, membicarakan masalah seputar Jum’at, juga membahas mengenai hukum penyembelihan secara Islam.

Pada bagian akhir naskah manuskrip, terdapat pula suatu nasihat panjang, manuskrip ini ditutup dengan beberapa amalan wirid Beliau selain amalan Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah.

Karya lain (juga berupa manuskrip) membicarakan tentang fikih, mulai thaharah, sholat dan penyelenggaraan jenazah ditemukan di Kampung Mendalok, Sungai Kunyit, Kabupaten Pontianak, Kalimantan Barat, pada 6 Syawal 1422 H/20 Disember 2001 M. karya ini berupa manuskrip tanpa tahun, hanya terdapat tahun penyalinan dinyatakan yang menyatakan disalin pada hari kamis, 11 Muharam 1281 H. oleh Haji Ahmad bin Penggawa Nashir.

Sedangkan mengenai masa hidupnya, sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh orang Arab, menceritakan kisah ulama-ulama Mekah, termasuk di dalamnya adalah nama Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Kitab yang pertama, Siyar wa Tarajim, karya Umar Abdul Jabbar. Kitab kedua, Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar, karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh Muhammad Sa’id al-’Amudi dan Ahmad Ali.

Umar Abdul Jabbar, menyebut bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M.) sebagai tanggal lahirnya demikian pun Muhammad Sa’id al-Mahmudi. Namun mengenai tahun wafatnya di Mekah, terdapat perbedaan. Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahwa Syeikh Ahmad Khatib wafat tahun 1280 H. (kira-kira bersamaan 1863 M.), tetapi menurut Umar Abdul Jabbar, pada tahun 1289 H. (kira-kira bersamaan 1872 M.).

Tahun wafat 1280 H. yang disebut oleh Abdullah Mirdad Abul Khair sudah pasti ditolak, karena berdasarkan sebuah manuskrip Fathul Arifin salinan Haji Muhammad Sa’id bin Hasanuddin, Imam Singapura, menyebutkan bahwa Muhammad Sa’ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat (berbaiat) dari gurunya, Syeikh Ahmad Khatib sedang berada di Makkah menjalani khalwat. Manuskrip ini menyebutkan bahwa baiat ini terjadi pada hari Rabu ketujuh bulan Dzulhijjah, tahun 1286 H. Jadi berarti pada tanggal 7 Dzulhijah 1286 H. Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Oleh tanggal wafat Syeikh Ahmad Khatib Sambas, yang wafat tahun 1289 H. yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar lebih mendekati kebenaran. Wallahu A’lam Bisshowab